Friday, November 12, 2010

Keputusan Rasmi UPSR 2010

Alhamdulillah dan dipanjatkan syukur kehadrat Ilahi atas limpah kurnianya, SKBB2 telah berjaya mengharungi perit getir UPSR. Harapan serta doa ibubapa/penjaga bersama-sama berusaha membantu guru-guru serta warga pendidik SKBB2 dalam melaksanakan pelbagai program serta aktiviti telahpun menunjukkan hasilnya. TAHNIAH kepada semua yang telah menyumbangkan tenaga, kepakaran, perhatian serta wang ringgit demi meningkatkan prestasi anak-anak warga SKBB2. Kepada semua warga pendidik SKBB2, setinggi-tinggi TAHNIAH atas kejayaan ini.

Seramai 22 pelajar berjaya memperolehi 5A (13.8%) manakala seramai 14 lagi pelajar berjaya memperolehi 4A1B (8.75%). TAHNIAH kepada mereka yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam akademik semoga dapat dijadikan contoh serta inspirasi kepada semua pelajar-pelajar SKBB2.

No comments:

Post a Comment