Tuesday, December 12, 2023

Kuiz STEM (online) 2023

Panitia RBT, Panitia Sains dan Panitia Matematik menganjurkan pertandingan Kuiz STEM atas talian.

Sila guna link di bawah untuk menyertai:

MULA MENJAWAB SOALAN KUIZ

Murid digalakkan merujuk buku teks atau membuat silang rujuk dalam internet menggunakan enjin pencarian yang sesuai.


Thursday, November 9, 2023

Makluman: Cuti Sempena Deepavali 2023

Pihak sekolah ingin memaklumkan bahawa cuti perayaan sempena Deepavali adalah pada 12, 13 & 14 Nov 2023

Jadual cuti sempena Deepavali

Menurut sumber, Deepavali yang bermaksud ‘sebarisan pelita’ simbolik dengan kepercayaan bahawa kecerahan akan mengatasi kegelapan, kebaikan akan mengatasi kejahatan, keadilan akan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan akan mengatasi kejahilan.

Selain untuk memeriahkan perayaan, pelita juga dipasang dan dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan.

Sila rujuk jadual berikut untuk memudahkan anda memahami hari cuti tambahan KPM yang diperuntukkan sempena Deepavali 2023.





Wednesday, November 8, 2023

PENYERAHAN SIJIL PENYERTAAN PROGRAM JELAJAH TVPSS NEGERI SELANGOR

                                                                 

Pada 25 Oktober 2023, seramai lima murid sekolah  SK Bukit Beruntung 2 telah menyertai Program Jelajah  TV Pusat Sumber Sekolah (TVPSS) Negeri Selangor anjuran  Grup Sinar Karangkraf dan Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Program tersebut bertempat di SM Sains Hulu Selangor.


Penyerahan sijil telah diserahkan oleh Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Dan Guru oleh Encik Mohammad Hariri bin Mansur.

SIMPOSIUM AMALAN TERBAIK, INOVASI DAN KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA MURID PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023

Tarikh: 13 Oktober 2023


Tempat:  Grand Riverview Hotel, Kota Bharu, Kelantan


Acara: Ikon Kerjaya Tahap 1


Penganjur:  Kementerian Pendidikan Malaysia 


Simposium Pembentangan Amalan Terbaik dan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Kebangsaan


Pencapaian: Johan Peringkat Daerah & Negeri, Tempat ke-4 Peringkat Kebangsaan


TAHNIAH kepada Siti Nur Aunie binti Sulaiman telah berjaya medapat tempat ke-4 dalam pertandingan Simposium Pembentangan Amalan Terbaik dan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Kebangsaan. Ribuan terima kasih kepada guru dan ibubapa yang telah berjaya melatih Siti Nur Aunie sehingga ke peringkat kebangsaan.



Siti Nur Aunie di pentas kebangsaan


Aunie bersama ibu (Ustazah Salmah) dan Cikgu Wan Ratnaizah


Bendera SKBB2 dipersada kebangsaan



Video rakaman bagi pertandingan Simposium Pembentangan Amalan Terbaik dan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Kebangsaan.



 

Pertandingan e-Kokurikulum Pendidikan Khas Tahun 2023


Tarikh: Bermula 17  Julai 2023 sehingga 05 Oktober 2023
Tempat: Atas Talian (Offline)
Acara: Peragaan Pakaian Sindrom Down Sekolah Rendah
Penganjur: Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selengor & Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
Pencapaian: Johan Peringkat Daerah, Johan Peringkat Negeri  & Naib Johan Kebangsaan

TAHNIAH kepada Nur Fatini Arini binti Mohd Fazrin telah berjaya merangkul Johan pada peringkat Daerah dan Negeri seterusnya merangkul Naib Johan pada peringkat Kebangsaan dalam Pertandingan e-Kokurikulum Pendidikan Khas Tahun 2023 bagi acara Peragaan Pakaian Sindrom Down kategori sekolah rendah.


Penyampaian Hadiah oleh En. Muhamad Hariri bin Mansor (YDP PIBG SKBB2)


Naib Johan Peringkat Kebangsaan


Johan Peringkat Negeri


Johan Peringkat Daerah

Link video rakaman bagi pertandingan peragaan pakaian sindrom down sekolah rendah DI SINI.



MINGGU SOLIDARITI PALESTIN PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2023

Tarikh: 30 Oktober - 2 November 2023

Tempat: SK Bukit Beruntung 2

Pada Isnin 30 Oktober 2023 yang lalu telah diadakan majlis pelancaran Minggu Solidariti Palestin peringkat sekolah tahun 2023 bertempat di Dewan Ibnu Umar. 

Pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang minggu ini bagi menyahut pendirian kerajaan Malaysia untuk terus bersama-sama mempertahankan hak dan kebebasan rakyat Palestin. Sokongan ini adalah satu bentuk solidariti terhadap nilai kemanusiaan yang mementingkan kedamaian dan keamanan sejagat. 

Ucapan oleh Guru Besar En Zailani bin Karim

Persembahan oleh guru dan murid
Murid sesi petang

Murid sesi pagi

Pembentukan bendera Palestin oleh warga SKBB2

Pertandingan mendeklamasi sajak

Aktiviti membuat kolaj bendera Palestin

Pameran dan tayangan video di PSS

Pameran dan tayangan video di PSS

Program solat dhuha & solat hajat
Program solat dhuha & solat hajat
Program solat dhuha & solat hajat

Kem Bestari Solat (Siri Kedua) Tahun 2023


Tarikh: 28 Oktober 2023
Hari: Sabtu
Masa: 7.30 pagi - 11.30 pagi
Tempat: Kelas masing-masing (Murid Tahap 1) / Dewan Ibnu Umar (Murid Tahap 2)
Penganjur: Panitia Agama Islam Sesi 2023/2024
Sasaran: Semua murid Islam Tahun 1 hingga 6 termasuk PPKI

TAHNIAH kepada semua guru dan murid yang terlibat dalam menjayakan Kem Bestari Solat siri kedua bagi tahun ini. Diharapkan program ini dapat memastikan murid mengetahui cara berwuduk dengan sempurna seterusnya menunaikan solat dengan betul dari segi bacaan dan perbuatan.


LDK Tahap 2

LDK Tahap 1

Amali solat Tahap 1
Amali solat Tahap 2 

Laporan oleh: Nur Farrah Najiha binti Muslim