Digital Learning

 APA ITU DELIMa KPM?

DELIMa merupakan singkatan kepada Digital Educational Learning Initiative Malaysia. Ia merupakan penjenamaan semula bagi platform MOE Digital Learning yang dibangunkan oleh KPM pasca Frog VLE.

DELIMa merupakan platform tunggal yang menyediakan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta sumber-sumber pembelajaran yang boleh digunakan oleh para pendidik dan juga murid untuk belajar secara dalam talian.

Sepertimana MOE Digital Learning (Google Classroom), DELIMa masih menggunakan platform yang sama iaitu halaman Google Sites sebagai tapak asas bagi platform ini. Oleh itu, guru dan murid boleh mengakses platform DELIMa menggunakan e-mel MOE Digital Learning (DL) yang telah dibekalkan sebelum ini.

Contoh: m-12345678@moe-dl.edu.my

LOG MASUK/LOG IN PORTAL DELIMa KPM

Unit ICT SKBB2 menyediakan dashboard khusus bagi mengurus keperluan DIGITAL LEARNING Murid secara berpusat. Murid serta ibu-bapa boleh mengakses menggunakan link di bawah.

Anda hanya perlu ke  https://drive.google.com/file/d/1Ghc3kAZd0A8ipNXJ2jbEVYVdJYsuB7Uz/view?usp=sharing

Guna ID Google Classroom yang KPM bagi untuk masuk ke portal DELIMa (User/Pengguna masih boleh menggunakan password lama Google Classroom atau jika bermasalah boleh di urus menggunakan platform Dashboard DIGITAL LEARNING DELIMa serba baru.


Turut disediakan aplikasi khusus
Dashboard DIGITAL LEARNING untuk kegunaan guru
hanya boleh didapati di Google Classroom [Unit ICT] Guru sahaja
menggunakan ID moe-dl.edu.my guru

DELIMa KPM Sebagai Pelantar Pembelajaran Terkini

Kesinambungan pembelajaran sejak berlakunya penutupan sekolah akibat Covid-19

Sektor pendidikan tidak terkecuali untuk amalan norma baharu sejak tersebarnya virus pendemik Corona Virus (COVID-19). Platform pembelajaran DELIMa KPM ini merupakan pembelajaran kendiri secara digital (online) menggunakan device seperti komputer, telefon pintar atau tablet.

Link pantas dashboard DIGITAL LEARNING turut disediakan disebelah kiri blog ini untuk kemudahan pengguna DELIMa. Dinasihatkan semua pengguna guru & murid gunakan hanya link DELIMa untuk ke portal Digital Learning KPM.


Cara-cara membuat bookmark di komputer anda


  1. Klik tiga titik di sebelah kanan atas window anda
  2. Kemudian klik Bookmark
  3. Klik bookmark bar pilihan anda