Friday, November 12, 2010

Utusan Penghargaan Dari YDP PIBG Sempena Keputusan UPSR

Assalamualaikum wbt,

Pertama sekali saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan TAHNIAH! kepada semua anak murid kita yang telah menduduki peperiksaan UPSR tahun 2010 kerana telah berjaya meletakkan nama sekolah kita di tahap yang tinggi berbanding usia penubuhan sekolah yang baru setahun jagung.

Alhamdulillah, kita bersyukur kerana SKBB2 menjadi sekolah terbaik peringkat Zon dari segi pencapaian kelulusan iaitu sebanyak 80.63%. Alhamdulillah, seramai 22 orang murid kita telah berjaya mencapai keputusan cemerlang 5A, manakala 14 orang berjaya mendapat 4A 1B.

Kita amat berbangga dengan kejayaan ini. Perasaan syukur yang amat sangat kita panjatkan kehadrat Allah swt atas Rahmat dan Anugerah Nya menghadiahkan kita dengan kejayaan ini.

Terima kasih yang tidak terhingga kita ucapkan kepada barisan pentadbir, khasnya puan GB kita yang sentiasa komited, Pn Hjh Ngaedah bt Salleh yang tak putus-putus memberi perangsang dan semangat kepada barisan pendidik. Terima kasih juga kepada barisan pembantu beliau Pn Hjh Rohanah bt Mokhtar, Pn Norhashimah bt Ismail, Pn Norliza bt Baharun dan Pn Hjh Habsah bt Muda.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru-guru yang tidak jemu-jemu mendidik anak-anak kita sehingga berjaya mengenggam apa yang kita kecapi pada hari ini, khasnya guru Tahun 6. Tiada kata yang lebih berharga dapat kami hadiahkan pada guru-guru semua selain dari ungkapan "TERIMA KASIH CIKGU".....teruskan usaha murni cikgu-cikgu semua membimbing anak-anak kami yang terkemudian, yang bakal menempuhi perjuangan yang sama.

Ucapan "TERIMA KASIH" yang tidak terhingga juga kami simpulkan semua guru-guru dan barisan pendidik yang berkhidmat di SKBB2.

Insyaallah KEJAYAAN yang kita tempa pada hari ini akan menjadi LAGENDA pada hari esok.

Kepada semua ibubapa & penjaga sekelian, terima kasih atas sokongan dan bantuan yang dihulurkan kepada guru-guru yang merupakan pemangkin kejayaan kita pada hari ini.

TAHNIAH KEPADA SEMUA KERANA MEMILIH UNTUK BERADA DAN MENJADI WARGA SKBB2.

Salam penuh takzim,

ZULHISHAM B HJ HARUN AR RASHID
YDP PIBG Sesi 2010/11

No comments:

Post a Comment