Monday, October 5, 2020

PELANCARAN BULAN PANITIA RBT & TMK

Panitia Reka Bentuk & Teknologi (RBT) dan Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK) mengadakan Bulan RBT & TMK dengan pelbagai aktiviti mulai 5/10/2020 – 30/10/2020 ini.

Program ini bermatlamat untuk memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang bakat semulajadi, idea-idea tersendiri dan daya pemikiran yang kreatif serta inovatif.

OBJEKTIF

Objektif utama Bulan Panitia Reka Bentuk & Teknologi dan Teknologi Maklumat & Komunikasi ialah:

  1. Membuka minda murid bahawa Reka Bentuk & Teknologi dan Teknologi Maklumat & Komunikasi adalah fenomena yang berlaku di sekeliling mereka.
  2. Membuka peluang meneroka alam Reka Bentuk dan Teknologi di luar bilik darjah melalui pertandingan dan aktiviti.
  3. Mencungkil bakat terpendam di kalangan murid.
  4. Menyediakan murid bahawa Reka Bentuk & Teknologi dan Teknologi Maklumat & Komunikasiadalah pelajaran yang menyeronokkan.

AKTIVITI-AKTIVITI REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT)
1. Pertandingan reka cipta robot daripada bahan kitar semula
2. Penghasilan video pendek cara memasak sajian sarapan Tahun 5
3. Aktiviti menghasilkan reka bentuk makanan Tahun 4
4. Aktiviti Tanaman Hidroponik Tahun 6
5. Pameran hasil karya murid

AKTIVITI-AKTIVITI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)
1. Kuiz TMK Tahun 5
2. Projek TMK Tahun 6 (Scratch)



3 comments: