Panitia Reka Bentuk & Teknologi (RBT) dan Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK) mengadakan Bulan RBT & TMK dengan pelbagai aktiviti mulai 5/10/2020 – 30/10/2020 ini.
Program ini bermatlamat untuk memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang bakat semulajadi, idea-idea tersendiri dan daya pemikiran yang kreatif serta inovatif.
OBJEKTIF
Objektif utama Bulan Panitia Reka Bentuk & Teknologi dan Teknologi Maklumat & Komunikasi ialah:
- Membuka minda murid bahawa Reka Bentuk & Teknologi dan Teknologi Maklumat & Komunikasi adalah fenomena yang berlaku di sekeliling mereka.
- Membuka peluang meneroka alam Reka Bentuk dan Teknologi di luar bilik darjah melalui pertandingan dan aktiviti.
- Mencungkil bakat terpendam di kalangan murid.
- Menyediakan murid bahawa Reka Bentuk & Teknologi dan Teknologi Maklumat & Komunikasiadalah pelajaran yang menyeronokkan.
AKTIVITI-AKTIVITI REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT)
1. Pertandingan reka cipta robot daripada bahan kitar semula
2. Penghasilan video pendek cara memasak sajian sarapan Tahun 5
3. Aktiviti menghasilkan reka bentuk makanan Tahun 4
4. Aktiviti Tanaman Hidroponik Tahun 6
5. Pameran hasil karya murid
AKTIVITI-AKTIVITI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)
1. Kuiz TMK Tahun 5
2. Projek TMK Tahun 6 (Scratch)
https://t.me/c/1269329211/669
ReplyDeleteAlmira Lutfiah Batrisyia Binti Syamsul
DeleteM-11166260@moe-di.E du. my.
ReplyDelete