Monday, November 10, 2025

Digital Competency Score (DCS) 2025 Tahun 6

Skor Kompetensi Digital atau Digital Competency Score (DCS), adalah instrumen penilaian murid berasaskan keberhasilan berbentuk gamifikasi (gamification) yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Pada tahun 2022, DCS telah diperluaskan kepada semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia kecuali kolej tingkatan enam.

Pelaksanaan Skor Kompetensi Digital / Digital Competency Score selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menjayakan Pembestarian Sekolah Gelombang 4: Konsolidasi dan Kelestarian (2011-2020).

Fokus utama Pembestarian Sekolah ialah:

  • Penambahbaikan secara sistematik melalui pemantapan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
  • Peningkatan kemahiran dan kompetensi digital serta pemikiran komputasional murid melalui KSSR dan KSSM
  • penilaian murid berasaskan keberhasilan
Kepada murid-murid Tahun 6 yang terpilih dikehendaki bersedia dengan dokumen/maklumat berikut:
  1. NAMA
  2. KELAS
  3. NOMBOR KAD PENGENALAN
  4. PASSWORD
Jika anda sudah bersediakan, mari mulakan pengembaraan DIGITAL anda