Program ini merupakan satu usaha untuk mempromosikan kesihatan mental di peringkat sekolah. Promosi minda sihat dikenalpasti sebagai satu komponen penting dalam memupuk kesejahteraan emosi murid-murid SK Bukit Beruntung 2.
Program ini mempunyai beberapa objektif:
- Meningkatkan kesedaran kepentingan penjagaan kesejahteraan diri dan kesihatan mental.
- Memugarkan emosi murid bagi menyokong kesejahteraan diri.
- Mengenal pasti gejala awal yang memberi kesan kepada minda akibat pandemik dan krisis yang berlaku.
- Melaksanakan intervensi bagi meningkatkan kemampuan murid meregulasi emosi dengan baik.
- Meningkatkan kemahiran gaya daya tindak murid dalam mengendalikan masalah emosi dan tingkah laku.
- Merujuk murid yang mengalami masalah emosi , psikologi dan mentalkepada pihak yang bertanggungjawab dengan prosedur yang betul.
Hanya murid-murid yang telah didaftarkan oleh KPM sahaja dibenarkan untuk menjawab soalan-soalan dalam "SARINGAN MINDA SIHAT".
Saringan akan dibuat dalam beberapa peringkat melibatkan semua murid Tahun 5 dan Tahun 6.
Sila gunakan pautan di bawah:
No comments:
Post a Comment