Monday, October 25, 2021

Jadual vaksinasi Program Imunisasi Covid Kebangsaan (PICK) umur 12 hingga 17 tahun untuk murid-murid SKBB2

Program Imunisasi Covid Kebangsaan (PICK) ini hanyalah untuk murid SK Bukit Beruntung 2 yang tarikh lahirnya bermula 1 Januari 2009 hingga 29 Oktober 2009 dan yang telah bersetuju untuk vaksin. Murid yang tidak terlibat dan tidak bersetuju tidak perlu hadir untuk program ini.

Surat (pautan) : Program Imunisasi Covid Kebangsaan (PICK)

Tarikh : 27 Oktober 2021 (RABU)

Tempat : Dewan Dato Abdul Hamid, Batang Kali.

Masa : berdasarkan jadual di bawah.

  • 6 TERAMPIL (PENDIDIKAN KHAS) - 1.00 petang
  • 6 TERAMPIL - 1.10 petang
  • 6 EFISIEN - 1.20 petang
  • 6 RASIONAL - 1.30 petang
  • 6 SUKSES - 1.40 petang
  • 6 ORIENTASI - 1.50 petang
  • 6 HOLISTIK - 2.00 petang
  • 6 OPTIMIS - 2.10 petang
  • Jika murid tidak dapat hadir pada masa yang ditetapkan, murid hanya perlu tunggu temujanji baru di dalam My Sejahtera. Ini bagi mengelakkan pertindihan masa dengan jadual sekolah lain.
  • Bawa borang-borang di bawah bersama kad pengenalan murid (MyKad/ MyKid/ Sijil Lahir).
  • Pastikan murid bersarapan sebelum hadir ke dewan
  • Bekalkan telefon bimbit yang mempunyai “bar code reader” kepada murid untuk memudahkan urusan pendaftaran masuk dan pendaftaran vaksin
  • Bawa air minuman dan payung sekiranya perlu. Ibu bapa diminta meletak kenderaan di tempat yang bersesuaian semasa di Dewan Dato Abdul Hamid, Batang Kali.
Borang persetujuan suntikan vaksin Covid 19 (Pautan) - Lampiran 1
1. Isi maklumat dalam borang persetujuan suntikan vaksin tanpa menandatangani dahulu.
2. Jangan isi atau tandatangan diruangan saksi.

Borang perwakilan ibu bapa/penjaga (Pautan) - Lampiran 2
1. Jika ibu/bapa/penjaga tidak boleh hadir bersama, sila lengkapkan borang perwakilan ibubapa, jika tiada borang ini murid akan diminta pulang. Wakil penjaga mesti berumur 18 tahun ke atas.
2. Borang perwakilan penjaga boleh dicetak sendiri atau boleh datang ambil di pondok pengawal SK Bukit Beruntung 2.



No comments:

Post a Comment