Sunday, October 31, 2021

Makluman Pengurusan Ujian Kendiri Covid-19 Peringkat Sekolah

Negara belum bebas daripada pandemik Covid-19 walaupun kerajaan telah mengumumkan Negeri Selangor dalam Fasa 4 PPN (Pelan Pemulihan negara). Pembukaan sekolah secara penggiliran masih mengundang risiko jangkitan dikalangan murid-murid khususnya.

Sebagai langkah berjaga-jaga, sekolah akan melakukan  Ujian Kendiri Covid-19 hanya kepada murid-murid yang dikesan mempunyai gejala untuk tujuan pengesanan dan pemerhatian mengikut SOP yang di keluarkan oleh KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia).

Namun, ibubapa/ penjaga dinasihatkan untuk tidak menghantar anak-anak ke sekolah jika tidak sihat atau dikesan mempunyai gejala-gejala Covid-19 sejak dari rumah lagi serta mengambil langkah-langkah yang sewajarnya.

Ibubapa/ penjaga akan diminta mengisi borang kebenaran sebelum melaksanakan Ujian Kendiri Covid-19 kepada murid yang bergejala semasa berada di sekolah.