Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pembukaan sekolah bermula 8 Mac 2021.
1. Pengesanan suhu akan dijalankan di pintu pagar sekolah. Selepas itu, murid akan membasuh tangan dan terus menuju ke kelas masing-masing.
2. Murid dimestikan untuk memakai mask.
Murid- murid digalakkan membawa hand sanitizer sendiri.
3. Sekiranya murid tidak sihat( demam, batuk, selsema), murid tidak dibenarkan datang ke sekolah.
4. Murid digalakkan untuk membawa BEKAL MAKANAN dan AIR MINUMAN dari rumah.
5. Murid-murid boleh memesan makanan beserta bayaran melalui guru pada awal pagi di kelas. Murid akan makan di dalam kelas pada waktu rehat untuk menghadkan pergerakan.
6. Murid perlu membawa kain @ tisu lembap untuk mengelap meja masing-masing beserta plastik untuk mengisi kain lap yang telah digunakan.
7. Murid mestilah membawa alat tulis/pensel warna sendiri kerana tidak dibenarkan meminjam daripada kawan.
Sila patuhi SOP yang telah ditetapkan. Sebarang perubahan akan dimaklumkan.
Terima kasih atas kerjasama.