Monday, January 25, 2021

Pesanan Mesra Daripada Tuan Guru Besar SKBB2



Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam SKBB2 TERSOHOR

Buat ibu/ayah yang saya kasihi lagi hormati, setelah meneliti respon dan pengalaman PdPR yang lalu dan menerima pandangan semua pihak, maka kami pihak sekolah ingin terus membantu.

Utk pengetahuan ibu & ayah sekalian, pihak sekolah sedang menyusun cara terbaik untuk memastikan pembelajaran anak-anak berjalan sebaik mungkin.

Kaedah pengajaran guru adalah meliputi 3 cara:

1. Tutorial (penerangan guru berkenaan topik) samada menggunakan
1.1 Googlemeet
1.2 Youtube
1.3 Rakaman
1.4 Voice mail

2. Online (berbentuk penerangan dan latihan) melalui
2.1 Goole form
2.2 quiz
2.3 share link

3. Offline (latihan) 
3.1 buku teks
3.2 buku aktiviti
3.3 buku kerja
3.4 buku tulis

Untuk kaedah 1 & 2 menggunakan tapak Google Classroom (DELIMa) yang guru 'invite' murid ke dalam GC (Google Classroom) ini adalah lebih baik kerana:
  1. Tidak menyebabkan data usage handphone  menjadi berat kerana data disimpan dalam 'cloud' 
  2. Murid lebih mudah mengakses dan tidak perlu 'scroll' untuk mencari
  3. Pembelajaran lebih fokus dalam satu kelas
Bagi ibu bapa yg menghadapi kekangan kerana bekerja atau mempunyai gajet yg terhad, PdPR ini tidak terikat dengan masa yang tertentu, sebaliknya anak-anak diberi ruang selama satu minggu untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Ibu bapa perlu bijak menyusun dan menjadualkan penggiliran penggunaan gajet.

Apa yang penting ketika ini ialah, kita sama-sama pastikan anak-anak dapat belajar sebaik mungkin dalam suasana NORMAL BAHARU.  Kita perlu menerima hakikat bahawa pembelajaran anak-anak ini tidak sama seperti zaman kita duhulu dimana kita perlu mengubah paradigma dan sesuaikan kemahiran serta keperluan mengikut peredaran zaman.

Demi kasih sayang kita sebagai ibu bapa dan guru, marilah sama-sama kita bermuafakat demi kejayaan anak-anak dalam  mengharungi saat yang begitu mencabar ini. Bimbinglah anak-anak dirumah. 

Seperkara yang lebih penting disaat ini ialah kesabaran dan ketenangan daripada ibu bapa/ penjaga dan guru. Semoga urusan kita semua dipermudahkan .

Apapun yg berlaku, pembelajaran dan ilmu tetap perlu diberi keutamaan.

En Zailani bin Karim
Guru Besar
SK Bukit Beruntung 2

#stayathome
#homebaselearning
#belajardarirumah