Tuesday, January 26, 2021
Carian ID DELIMa (Google Classroom)
Monday, January 25, 2021
Pesanan Mesra Daripada Tuan Guru Besar SKBB2
- Tidak menyebabkan data usage handphone menjadi berat kerana data disimpan dalam 'cloud'
- Murid lebih mudah mengakses dan tidak perlu 'scroll' untuk mencari
- Pembelajaran lebih fokus dalam satu kelas
Senarai Harga Buku Teks SPBT 2020
Penyerahan Modul Pembelajaran Prasekolah 2021
- Prasekolah Terampil 9.00-10.00 pagi
- Prasekolah Efisien 10.00-11.00 pagi
Jadual Pemulangan & Pengambilan Buku Teks 2021
Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mula mengumpul & mengagihkan buku teks SPBT bagi kegunaan sesi persekolahan 2021.
- Surat: PEMBERITAHUAN PEMULANGAN DAN PENGAGIHAN BUKU TEKS (SPBT) TAHUN 2021
- Jadual Pemulangan SPBT 25 Jan - 3 Feb 2021
- Jadual Pemulangan SPBT 4-10 Feb 2021
Jadual PdPR (Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah - Home Base Learning) mulai 25 Jan hingga 4 Feb 2021
Pengajaran dan Pembelajaran diteruskan secara PdPR (Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah - Home Base Learning) sepanjang PKP dikuatkuasa mulai 25 Jan hingga 4 Feb 2021.
SKBB2 menyediakan jadual waktu pelaksanaan PdPR semasa tempoh PKP Fasa 2 ini. Bahan pembelajaran akan dikongsi oleh guru dalam Whatsapp, Telegram & Google Classroom.
Ibubapa/penjaga dipohon membantu memberi bimbingan kepada anak-anak menjalanai sesi pembelajaran dari rumah.
Pembelajaran digital sesi persekolahan 2021 akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut kesesuaian guru, ibubapa/penjaga dan murid.
Sila klik pautan dibawah untuk maklumat lanjut:
- Jadual PdPR (25 Jan hingga 4 Feb 2021) TAHAP 1 - Tahun 1, 2 & 3
- Jadual PdPR (25 Jan hingga 4 Feb 2021) TAHAP 2 - Tahun 4, 5 & 6
- Buku Teks Digital KSSR Tahun 1 hingga 6
Monday, January 18, 2021
Link Buku Teks Digital KSSR Tahun 1 hingga 6
Buku Teks Digital yang merangkumi hampir semua subjek untuk pelajar Tahun 1-6.
Sila download aplikasi di Google Play (khusus untuk telefon pintar & tab)
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.app_dreamers.layout
Semak Pusat PKSK (Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus) Buat Murid Tahun 6 2020
Untuk ibubapa/ penjaga Tahun 6 2020 yang memohon PKSK (Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus), sila semak kembali pusat PKSK yang terkini. Mungkin berlaku pertukaran pusat PKSK.
Sunday, January 17, 2021
Senarai Nama Murid Ikut Kelas 2021
Kepada semua murid SKBB2, ibubapa/penjaga boleh mendapat maklumat SENARAI NAMA ikut kedudukan kelas-kelas bagi tahun 2021.
Murid-murid boleh memeriksa senarai nama mereka dalam kelas-kelas yang telah ditentukan untuk anda menggunakan Google Classroom anda di tahun 2021.
Semua ID Google Classroom (DELIMa) adalah kekal hingga ke sekolah menengah. Manakala password juga adalah kekal seperti mana tahun 2020.
Sila klik pautan dibawah:
https://drive.google.com/drive/folders/1fRhe_CFvPxxxGmdKxlnVoIJAwHkDs2KD?usp=sharing
#stayathome (BDR-Belajar Dari Rumah)
Thursday, January 14, 2021
Kemaskini Maklumat Peribadi Murid (Online) Oleh Ibubapa Penjaga
MAKLUMAN PENTING
Ibu bapa skrg tidak lagi dibekalkan borang maklumat apdm..ibubapa penjaga dikehendaki mengemaskini sendiri didalam laman sesawang MULAI TAHUN 2021.
Penambahbaikan ini dilaksanakan setelah menerima rungutan ibubapa penjaga setiap tahun dlm negara,yang perlu mengisi borang apdm secara bertulis.
Setiap maklumat anak wajib dikemaskini setiap tahun kerana setelah maklumat dikemaskini akan muncul tarikh kemaskini semasa..
Sila pastikan maklumat terkini tuan/puan untuk mempastikan keperluan anak-anak tuan/puan serta keperluan bantuan dapat disalur dengan sempurna.
Sila klik pautan dibawah :
Jika ada masalah terlupa pasword hanya klik lupa kata laluan. Masukkan nombor KP dan nombor frasa keselamatan.. Login detail akan dihantar ke email yg didaftar oleh ibubapa.
*Setiap maklumat anak,perlu semakan dan kemaskini tahun semasa:
- Profail anak jagaan
- Alamat anak jagaan
- Maklumat penjaga
- Asas kesihatan (semakan)
- Perakuan maklumat (wajib)
Sila baca panduan ini : MANUAL PENGGUNA KEMASKINI IBU BAPA - BPM
Perkongsian video sebagai panduan kepada ibu bapa semasa nak mendaftar dan mengemaskini data dalam portal public.moe.gov.my. Dikongsikan juga video dan manual dalam group ibubapa/penjaga supaya memudahkan kerja Ibu bapa juga. Semoga dapat memberi manfaat kepada semua.
Sekian, terima kasih
#unithemskbb2
Pengoperasian Institusi Pendidikan (Sekolah) Dikawasan PKP
Salam SKBB2 TERSOHOR.
PERHATIAN KEPADA SEMUA IBUBAPA PENJAGA MURID SKBB2
Operasi kedai buku ditutup sepanjang tempoh PKP.
Senarai Buku Latihan (Kedai Buku) 2021
Kedai Buku SKBB2 sudah pun memulakan operasinya. Ibu bapa dan penjaga boleh berurusan terus dengan kedai buku sekolah.
Pembukaan Kedai Buku 2021 - Sepanjang Tempoh PKP
MAKLUMAN KEPADA SEMUA IBUBAPA / PENJAGA MURID SKBB2
PENGOPERASIAN KEDAI BUKU SKBB2 SEPANJANG TEMPOH PKP 2021
Urusan pesanan dan pembelian buku boleh dibuat secara atas talian melalui saluran “WHATSAPP” KEDAI BUKU SK BUKIT BERUNTUNG 2.
PROSES PESANAN DAN PEMBELIAN
NYATAKAN BUTIRAN BERIKUT:-
- NAMA IBU BAPA/PENJAGA:
- ALAMAT:
- NAMA ANAK:
- KELAS:
- JUMLAH PESANAN BUKU:
- JUMLAH BAYARAN :
CAJ PENGHANTARAN
Bukit Beruntung : RM 3
Bukit Sentosa/ Adenium / MK Land : RM 4
MEMBUAT BAYARAN PADA NOMBOR AKAUN YANG DISERTAKAN.
HANTAR RESIT PADA NOMBOR TELEFON KEDAI BUKU UNTUK PENGESAHAN BAYARAN.
* JACK CHONG : 012-6543 199
* NO ACC :1128-0204-4016
* NAMA BANK : MAYBANK
*NAMA AKAUN : CHONG CHERNG SIONG