Sunday, October 7, 2018

FUN WALK & KARNIVAL KEUSAHAWANAN 2018

TARIKH      : 6 OKTOBER 2018
MASA         : 7:00 PAGI - 2:00 PETANG
TEMPAT     : SK BUKIT BERUNTUNG 2
ANJURAN : PIBG SKBB2


PENGENALAN

Fun Walk dan Karnival Keusahawan merupakan aktiviti anjuran PIBG SK Bukit Beruntung 2 untuk mengumpul dana bagi membiayai projek-projek prasarana dan kemudahan yang amat diperlukan oleh murid-murid sekolah ini. Program peningkatan prestasi akademik dan kokurikulum serta sahsiah menjadi keutamaan pihak sekolah untuk menjadikan sekolah ini maju dan menjadi pilihan utama para ibu bapa. Faktor tersebut menyebabkan pihak PIBG dengan kerjasama pihak pengurusan sekolah berusaha mencari sumber kewangan untuk menyediakan prasarana yang lebih baik demi keselesaan murid-murid. Konsep Fun Walk dan Karnival Usahawan ini ialah Sertai dan Membeli Sambil Menderma.

OBJEKTIF
           
1.    Membina teduhan berbumbung di tapak perhimpunan
2.    Membiayai pengurusan dan perjalanan aktiviti PIBG jika melibatkan PIBG
3.   Melatih murid melibatkan diri dalam aktiviti bagi tujuan memperkayakan kemahiran dan kreativiti
4.    Menyediakan dana  tambahan bagi meningkatkan pencapaian Kokurikulum murid SKBB2.
5.    Mengeratkan hubungan kekeluargaan dan memupuk sikap menjaga kesihatan di kalangan ahli keluarga

6.  Menyediakan peruntukkan kewangan bagi tabung Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SKBB2






No comments:

Post a Comment