Saturday, July 14, 2018

PROGRAM WE CARE LINUS 2.0

TARIKH : 14 JULAI 2018
HARI     : SABTU

Apa itu "We Care Linus 2.0" ?

Program "We Care Linus 2.0" merupakan program   dua hala antara ibu bapa dan guru-guru dalam  bertemu mata dan berbincang tentang keperluan pembelajaran murid-murid Linus. Ia merupakan program bersepadu bagi mencari titik persamaan di antara pengajaran dan pembelajaran di rumah dan di sekolah di kalangan murid-murid Linus SK Bukit Beruntung 2.

Objektif utama :
  1. Memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang PdPc murid lemah.
  2. Mengeratkan hubungan antara ibu bapa, guru dan para pentadbir sekolah.
  3. Pendedahan secara formal kepada ibu bapa tentang ciri-ciri murid-murid bekeperluan khas dan murid bermasalah  pembelajaran.
  4. Mengenal pasti murid khas dan menyalurkan murid khas ke "Program PPKI" bagi meneruskan pembelajaran.







No comments:

Post a Comment