Monday, April 21, 2014

PERTANDINGAN PESTA PANTUN PERINGKAT DAERAH HULU SELANGOR

Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga. Yang cantik itu budi, yang indah itu bahasa. Begitulah indahnya Bahasa Melayu yang menjadi bahasa kebangsaan kita. Pesta Pantun (Kategori Sekolah Rendah) Peringkat Daerah Hulu Selangor.

Tarikh : 21 April 2014 
Hari : ISNIN
Tempat : SK Bkt Beruntung 2

Pantun merupakan puisi tradisi Melayu yang diwarisi zaman berzaman. Dalam usaha untuk mewarisi puisi tradisional ini dihayati oleh generasi muda, Kementarian Pendidikan telah memperkenalkan pertandingan ini pada tahun 1989.

Melalui pertandigan ini diharapkan pelajar dapat:
  • Menggunakan kemahiran berfikir dengan semaksimum mungkin.
  • Mengaplikasikan kemahiran berbahasa dalam menjawab pantun.
  • Membina keyakinan diri dan memupuk semangat kerjasama dalam pertandingan.
Sekolah-sekolah yang menyertai:
  • SK Bukit Beruntung 2
  • SK Bukit Beruntung
  • SK Sg Choh
  • SK Hulu Bernam
  • SK Tmn Bunga Raya 2

No comments:

Post a Comment