Monday, March 17, 2014

DAFTARKAN ANAK ANDA DENGAN SKIM INSURANS MURID SEKOLAH SPAD 1MALAYSIA

Skim Insurans Murid Sekolah (SIMS)  SPAD adalah skim perlindungan insurans kemalangan berkelompok takaful untuk murid-murid sekolah (Pra-Sekolah hingga Tingkatan 6) yang bersekolah di sekolah-sekolah yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan DAN menaiki bas-bas sekolah yang berlesen dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi Semenanjung Malaysia dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) bagi Sabah & Sarawak.

SKIM INSURANS MURID SEKOLAH SPAD

Di bawah pengumuman Bajet 2013, Kerajaan menyediakan skim perlindungan takaful kepada semua murid & pelajar.

Tiada bayaran premium dikenakan. Skim ini ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan dibawah pengawalseliaan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Perlindungan ini meliputi perjalanan menaiki bas sekolah untuk aktiviti-aktiviti luar seperti rombongan, lawatan sambil belajar & sebarang kurikulum yang disahkan oleh pihak sekolah.

PENDAFTARAN UNTUK SKIM INSURANS MURID SEKOLAH SPAD

  1. IPemeriksaan status bas sekolah (sila klik link disebelah) www.spad.gov.my/sbcs/
  2. Ibubapa boleh mendaftar anak-anak melalui laman web SPAD (sila klik link disebelah) www.spad.gov & klik butang REGISTRATION SCIS atau perlu mengisi borang (boleh didapati di sekolah) & menghantar kembali kepada pihak sekolah.
  3. Pendaftaran ini perlu dijalankan sekali sahaja.

No comments:

Post a Comment