Tuesday, June 25, 2013

Semua Aktiviti Kokurikulum Dibatalkan

Dimaklumkan kepada semua guru, murid dan ibu bapa serta penjaga bahawa semua aktiviti kokurikulum, program Nur Iman dan Kelas Klinikal Tahun 6 (UPSR) dibatalkan akibat jerebu. Perkara ini akan berterusan sehingga bacaan IPU menunjukkan tahap bacaan yang membenarkan aktiviti luar bilik darjah dijalankan seperti biasa semula.

Diharap para ibu bapa dan penjaga dapat mengambil segala langkah yang sewajarnya dalam mengurus keperluan anak-anak  tuan/puan akibat pembatalan aktiviti ini.

Kepada ibu bapa/penjaga yang mengambil bahagian dalam program Hebahan Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) akan dimaklumkan segala perubahan terkini (hanya kepada ibu bapa/penjaga yang menyertai program ini sahaja).

Ibu bapa/ penjaga boleh juga menghubungi pejabat sekolah untuk bertanyakan sebarang informasi terkini (waktu pejabat sahaja).

Para ibu bapa dan pelawat blog ini, bolehlah merujuk ke Portal Rasmi Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar (NRE) untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan jerebu & bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) seluruh Malaysia.