Tuesday, March 13, 2012

Permohonan Kemasukan Ke Tahun 1 Sesi Persekolahan 2013 & 2014

Permohonan kemasukan Murid Thn1 Negeri Selangor (eSPPSel) boleh dibuat melalui Aplikasi Atas Talian sahaja. Ibu bapa/ penjaga boleh melakukannya sendiri melalui mana-mana komputer yang ada capaian internet atau mendapatkan bantuan daripada pihak sekolah jika tiada kemudahan tersebut.

Permohonan kanak-kanak (warganegara Malaysia sahaja) kemasukan ke tahun 1 untuk sesi persekolahan 2013 & 2014 sahaja. Tarikh kelahiran:
  • 02.01.2006 hingga 01.01.2007 (untuk sesi persekolahan 2013)
  • 02.01.2007 hingga 01.01.2008 (untuk sesi persekolahan 2014)
Permohonan ini hanya dibuka kepada orang ramai mulai 1 mac 2012 hingga 30 April 2012 sahaja melalui pautan http://apps.moe.gov.my/esppsel/. Selepas tarikh tersebut, permohonan akan ditandakan sebagai permohonan lewat dan tertakluk kepada akibat daripadanya.

Setelah melengkapkan permohonan secara online, ibu bapa/ penjaga dikehendaki mencetak slip permohonan dan senarai dokumen yang diperlukan melalui menu catakan. Sila kemukakan dokumen tersebut ke sekolah dipohon bagi tujuan perakuan permohonan yang akan disahkan oleh pihak sekolah.

Ibu bapa/ penjaga boleh menggunakan pautan yang disediakan atau boleh juga gunakan pautan lekas Menu Daftar Thn1 pada blog rasmi sekolah: http://skbukitberuntung2.blogspot.com/

1 comment:

  1. Anak saya lahir pada 01.01.2007 dan sekarang dia masih umur 5 tahun sebenar dia kemasukan darjah 1 adalah 2014 dan berita terbaru dia kemasukan darjah 1 adalah pada tahun depan 2013 dan sekarang buku buku umur enam tahun langgsung belum belajar macammana? Saya boleh membuat rayuan kemasukan darjah satu pada 2014.

    ReplyDelete