Saturday, September 11, 2010

Pengesahan Penempatan Ke Tahun 1 Sesi Persekolahan Tahun 2011

Kepada Ibubapa/penjaga
Murid-murid tahun 1/2011

Dimaklumkan bahawa ibubapa/penjaga kepada kanak-kanak yang dilahirkan pada tahun 2004 yang telah membuat pendaftaran bagi kemasukan tahun 1/2011, diminta datang ke pejabat sekolah untuk membuat pengesahan.

Masa pengesahan:
Tempoh: Dilanjutkan sehingga 24 September 2010 (kecuali cuti am)
Masa: 8.30 pagi hingga 4.00 petang
Tempat: Pejabat SK Bukit Beruntung 2

Tuan/puan dikehendaki membawa dokumen-dokumen berikut:
  1. Surat Beranak asal
  2. Gambar murid 2 keping (ukuran pasport)
  3. Penyata gaji ibubapa (jika tuan/puan tidak mempunyai penyata gaji, sila isi borang pengesahan pendapatan yang dilampirkan)
  4. Lengkapkan borang maklumat murid yang dilampirkan
  5. Sampul surat beralamat sendiri (4" x 4") dan bersetem 50 sen.

By admin.

No comments:

Post a Comment