Wednesday, April 21, 2010

Lawatan Y.B. Senator Dato' T.Murugiah


Pada Khamis, 22 April 2010, SKBB2 akan menerima lawatan rasmi oleh Y.B. Senator T.Murugiah yang merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Beliau dijangka akan bersama para pendidik dan ibu bapa penjaga warga SKBB2 bermula pada jam 12.30 tengahari. Beliau juga telah berbesar hati untuk melancarkan Program Sistem Maklumat Murid atau lebih dikenali sebagai SiMS tajaan PIBG SKBB2. Diharap para ibu bapa dan penjaga SKBB2 dapat bersama-sama memeriahkan lagi majlis ini.

Y.B. Senator bersama para pegawainya juga akan mengadakan pusat Pengaduan Awam bergerak berpusat di SKBB2. Kepada mereka yang ingin membuat sebarang aduan dinasihatkan agar membaya bersama dokumen-dokumen penting sebagai rujukan.

Aturcara majlis:
12.00 - 2.00 Pelancaran SiMS
2.00 - 6.00 Biro Pengaduan Awam.

Anda juga boleh membuat aduan secara online di alamat ini http://www.pcb.gov.my/bpaweb.php

No comments:

Post a Comment