Tuesday, March 16, 2010

Hebahan Pendaftaran Kemasukan Tahun 1 bagi Sesi Persekolahan 2011 & 2012

Kepada ibu bapa & penjaga kanak-kanak kelahiran tahun 2004 & 2005 yang tinggal sekitar kawasan Kasturi, Seroja, Semarak, Tanjung, Trompet, Lily dan di kawasan sekitarnya bolehlah mendaftarkan anak tuan puan untuk sesi persekolahan tahun 2011 & 2012. Pendaftaran boleh dilakukan mulai 1 Mac 2010 hingga 30 April 2010.

Sila bawa bersama:
  1. Sijil lahir/ Sijil anak angkat asal
  2. Bil utiliti (bil elektrik/ air/ telefon)
  3. 1 salinan kad pengenalan ibu & bapa/ penjaga
  4. Sampul surat putih bersaiz 4 x 9 (115cm x 245 cm) beralamat sendiri
  5. Setem 30 sen
Waktu pejabat: Isnin - Jumaat (8.00 pg - 4.00 ptg)
Tempat: Pejabat SKBB2

Borang permohonan boleh disisi melalui aplikasi dalam talian (online) dengan melayari laman web Jabatan Pelajaran Selangor http://www.moe.gov/jpnselangor. Ibu bapa perlu membuat perakuan permohonan tersebut di sekolah yang dipohon dengan membawa bersama cetakan borang maklumat permohonan serta dokumen-dokumen asal seperti dalam senarai semak yang disertakan.

No comments:

Post a Comment