Tuesday, May 19, 2009

Selamat Hari Guru

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. 

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

TemaGuru Pembina Negara Bangsa

Kepada semua warga pendidik di SKBB2 khususnya serta guru-guru diseluruh pelusuk negara amnya diucapkan Selamat Hari Guru.

Link ke sambutan Hari Guru Kebangsaan (KPM): http://www.moe.gov.my/hariguru/index.html

1 comment:

  1. Lagu cikgu-cikgi:

    Kami guru Malaysia
    Berikrar dan berjanji
    Mendidik dan memimpin
    Putera puteri negara kita
    Pada Seri Paduka
    Kami tumpahkan setia
    Rukun negara kita
    Jadi panduan kami semua
    Di bidang pembangunan
    Kami tetap bersama
    Membantu, membina negara yang tercinta
    Amanah yang diberi
    Kami tak persiakan
    Apa yang kami janji
    Tunai tetap kami tunaikan

    Pergghhh..terharu dengar lagu ini. Saya tak pernah jadi cikgu tapi hafal lagu ni sebab dengar cikgu nyanyi tiap2 tahun.

    Selamat hari guru, cikgu...

    ReplyDelete