Thursday, April 30, 2009

Dibuka Pada 4 Mei 2009 (Isnin)

Ibubapa/penjaga melawat sekitar SKBB2
Murid-murid Tahun 1 yang bakal mengharumkan nama SKBB2

Perhimpunan rasmi pertama SKBB2

SK Bukit Beruntung 2 secara rasminya mula beroperasi pada (Isnin) 4 May 2009 secara 1 sesi/pagi sahaja. Pakej perpindahan pelajar daripada SK Bukit Beruntung dan SK Bukit Sentosa yang melibatkan 743 orang pelajar daripada Tahun 1 hingga Tahun 5 berjalan dengan lancar. Para ibubapa/penjaga serta pelajar memberikan sepenuh kerjasama semasa sesi pendaftaran pelajar pada hari tersebut. Dengan ini rasmilah para pelajar sebagai pelajar "pioneer" SKBB2 bersama para pentadbir, guru-guru serta kakitangan sokongan yang pertama SKBB2.

SELAMAT BERSEKOLAH DI SEKOLAH BARU.

Sesi persekolahan:

Isnin-Khamis 7.30 pg - Berhimpun, Tamat 1.00 ptg (Tahun 1-3 tertakluk kepada jadual Tahap 1)

Jumaat 7.30 pg - Berhimpun, Tamat 12.00 tgh (Solat Jumaat)


No comments:

Post a Comment