Kempen Keselamatan Internet (KIS) yang dijalankan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bertujuan mendidik rakyat tentang keselamatan siber. Kempen ini memberi fokus kepada isu-isu seperti buli siber, penipuan dalam talian, perjudian dalam talian, dan melindungi maklumat peribadi. Melalui pelbagai program seperti ceramah, karnival, dan modul interaktif di sekolah, MCMC berusaha untuk membina generasi celik digital yang bijak dan selamat di dunia maya.
Hari ini, sekolah menerima kunjungan daripada team NADI, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan salah satu inisiatif yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)
Tujuan utama kempen ini ialah:
- Meningkatkan kesedaran dan pemahaman tentang keselamatan siber.
- Mendidik pengguna untuk menggunakan internet secara bijak, beretika, dan bertanggungjawab.
- Melindungi pengguna daripada ancaman siber seperti:
- Buli siber
- Penipuan dalam talian (scam)
- Perjudian dalam talian
- Eksploitasi kanak-kanak
- Penyebaran maklumat palsu
- Penggunaan platform media sosial yang tidak sesuai (misalnya, had umur minimum).







.jpg)
.jpg)









