Tuesday, October 27, 2026

Modul Etika Siber Nasional Di Sekolah Seluruh Negara



MODUL ETIKA SIBER NASIONAL DI SEKOLAH SELURUH NEGARA TELAH DILANCARKAN PADA JAN 2026

Peningkatan dalam permainan digital dan pelbagai program dalam talian menjadikan pemupukan etika siber dalam kalangan belia kita semakin kritikal. Walaupun kita menggalakkan kanak-kanak untuk mendalami dunia digital, adalah penting untuk kita menyemai amalan digital yang beretika dan selamat apabila mereka berada di alam maya.

Bagi menangani keperluan ini, Kementerian Digital telah membangunkan Modul Etika Siber Nasional (ESN). Ia dijalankan dengan kerjasama rapat dengan Kementerian Pendidikan. Ini selaras dengan pendekatan Whole-ofGovernment di bawah Kerajaan MADANI.

Modul ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan pelajar tentang keselamatan dan etika dalam talian dengan menyediakan panduan komprehensif tentang cara menggunakan Internet dan media sosial secara berhemat, bertanggungjawab, dan selamat.

(Petikan daripada siaran media Kementerian Digital, 5 Nov 2025)

Topik Utama Modul:

  1. Kefasihan Digital
  2. Etika Digital
  3. Kesihatan dan Kesejahteraan Digital
  4. Perdagangan Digital
  5. Privasi dan Keselamatan Digital
  6. Hak dan Tanggungjawab Digital
Cara Akses:
Murid boleh melaksanakan modul ini secara kendiri melalui portal rasmi di Portal Rasmi ESN di bawah selarasan Guru Penyelaras ICT (GPICT) sekolah.

Manfaat:
Kandungan modul ini turut direkodkan dalam sistem NILAM murid.

Murid boleh log masuk ke Portal Modul Etika Siber Nasional (ESN) dengan mengikuti langkah mudah berikut:

  1. Layari Portal: Login ke Portal ESN KPM.
  2. Klik Butang Log Masuk: Pilih pilihan log masuk yang disediakan pada paparan utama.
  3. Gunakan ID DELIMa: Masukkan ID DELIMa murid (contoh: m-1234567@moe-dl.edu.my) beserta kata laluan yang sah.
Setelah berjaya masuk, murid dikehendaki menonton bahan pembelajaran yang disediakan bagi setiap topik dan menjawab kuiz yang ditetapkan untuk melengkapkan modul ini