Digital Competency Score (DCS) ialah instrumen penilaian murid berasaskan keberhasilan berbentuk gamifikasi (permainan dalam talian) yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Penilaian ini bertujuan untuk mengukur tahap kecekapan dan kompetensi digital murid bagi melahirkan generasi yang fasih digital selaras dengan Teras 1 Dasar Pendidikan Digital.
Setiap murid yang berjaya melengkapkan semua tahap penilaian akan mendapat sijil digital yang diiktiraf. Selain itu, markah atau penyertaan murid yang berjaya boleh dimasukkan untuk mendapat mata pengiktirafan dalam Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).
Keperluan sebelum memulakan pengembaraan ialah:
- No Kad Pengenalan (MyKid/MyKad/Sijil Lahir)
- Password
Digital Competency Score (DCS) 2026