🗓️ Tarikh: 3 Mac 2025
📍Tempat: Dewan Ibnu Umar SK Bukit Beruntung 2
Pada 3 Mac 2025, SK Bukit Beruntung 2 telah melancarkan Program Amalan Ucapan Terima Kasih sebagai usaha untuk memupuk nilai murni dalam kalangan pelajar dan warga sekolah. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya menghargai budi baik dan sumbangan orang lain.
Objektif program ini adalah:
📌Supaya guru dan murid membudayakan ucapan terima kasih di sekolah
📌Supaya guru dan murid prihatin dan peka terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan adab.
📌Supaya guru dan murid dapat menamalkan ucapan terima kasih dan cakna dengan nilai bersyukur, menginsafi dan bersyukur akan nikmat yang diperolehi dengan ucapan terima kasih.
📌Supaya guru mengetahui bahawa membudayakan amalan ucapan terima kasih merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa dan masyarakat.
Diharapkan program ini dapat diteruskan dan menjadi amalan dalam kalangan pelajar dan warga sekolah. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Rujukan: