🗓️Tarikh: 25 Februari 2025
☀️ Hari: Selasa
🕣 Masa: 7.30 pagi
📍Lokasi : SK Bukit Beruntung 2
Kejohanan Fun Run atau Merentas Desa diadakan bertujuan untuk mempromosikan gaya hidup sihat di kalangan pelajar serta menggalakkan penyertaan dalam aktiviti sukan. Program ini melibatkan pelajar Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) dan telah dirasmikan oleh Encik Zailani bin Karim, Guru Besar SKBB2.
Kejohanan ini telah berlangsung dengan jayanya, dan mendapat sambutan yang baik daripada semua yang terlibat. Terima kasih kepada semua yang membantu menjayakan program ini.
Kejohanan Fun Run ini bukan sahaja menggalakkan aktiviti fizikal, tetapi juga memupuk semangat kerjasama dan persahabatan dalam kalangan pelajar dan masyarakat sekolah. Diharapkan aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.