Friday, March 18, 2022

Pendaftaran Tahun Satu Sesi Persekolahan 2023 & 2024 serta Kemaskini Data Profil Murid Sesi Persekolahan 2022

MODUL PENGURUSAN MURID secara atas talian
Pautan: https://public.moe.gov.my/
(pautan ini juga boleh diakses di sebelah kiri blog rasmi SKBB2 ini pada sepanjang masa)

Pengenalan

Perkhidmatan Dalam Talian KPM merupakan gerbang utama untuk melaksanakan transaksi berkaitan Pengurusan Murid di bawah KPM.

Perkhidmatan ini membolehkan:

1. Pendaftaran Tahun 1

PEMAKLUMAN:

Permohonan kemasukan ke Tahun 1 sesi persekolahan tahun 2023 dan 2024 boleh dilakukan mulai 1 Mac 2022 sehingga 30 April 2022.

2. Pengemaskinian maklumat profil anak dan ibu bapa/penjaga bagi anak yang sudah bersekolah

Kemas kini Profil Murid boleh dilaksanakan mulai 11 Januari 2021 (Isnin) secara dalam talian. Tiada pengisian Borang Maklumat Murid (BMM) secara manual.

Sekiranya tuan/puan tidak mempunyai peralatan komputer dan akses ke talian internet, boleh menghubungi pihak sekolah untuk mendapatkan bantuan menggunakan peralatan komputer dan akses talian internet sekolah atau hadir ke Pusat Internet Desa (PID) yang berhampiran.

3. Memantau kehadiran anak ke sekolah

Penyemakan Kehadiran Murid boleh dilakukan secara dalam talian bermula hari pertama sesi persekolahan.

Bagi pengguna SPATKPM yang baru, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di PENGGUNA BARU. Pendaftaran pengguna adalah menggunakan ID Pengenalan ibu bapa/ penjaga.

Sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan pegawai Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang berkaitan. Maklumat pegawai JPN dan PPD boleh diperolehi pada menu HUBUNGI KAMI. (Boleh juga hubungi pejabat sekolah untuk maklumat lanjut)


Sumber dari Unit HEM SKBB2 & laman sesawang Modul Pengurusan Murid KPM