Pada hari Isnin 21 Mac 2022 akan bermulanya sesi persekolahan baru bagi tahun 2022/2023. Diucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua murid, khususnya yang baru memasuki alam persekolahan.
Pembelajaran disekolah tidak terbatas kepada penguasaan isi pelajaran semata-mata. Pembelajaran tersembunyi (hidden curriculum) dari segi etika, sahsiah, sikap, keperibadian, perawakan, penampilan, kerja berpasukan dan keberanian menyatakan pendapat ialah antara elemen-elemen modal insan yang diterapkan dalam sesi pembelajaran.
Info penting:
- Waktu persekolah sesi 2022-23
- Jadual Waktu kelas-kelas (sesi pagi) 2022-23
- Jadual Waktu kelas-kelas (sesi petang) 2022-23
Murid-murid disaran agar sentiasa peka dan mengurus beg sekolah mengikut jadual waktu harian untuk mengurangkan beban berat beg ke sekolah.
Sumber dari Unit Kurikulum SKBB2