Friday, February 18, 2011

Sumbangan PIBG Membina Nama Sekolah di Lereng Bukit

Menyedari keperluan menaiktaraf dan mengindahkan kawasan sekolah, pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sesi 2010/11 telah melaksanakan kerja-kerja pengindahan kawasan sekolah iaitu membina, menyiapkan dan mengecat nama sekolah di lereng bukit yang menghadap ke Jalan Lingkaran Seroja iaitu laluan utama ke sekolah.

Usaha ini adalah rentetan dari hasrat serta permintaan pihak pentadbir yang telah beberapa kali menyuarakan keinginan mereka agar nama sekolah dibina menggunakan batu di kawasan yang dinyatakan di atas.

Antara objektif perlaksanaan projek ini ialah bagi mengindahkan kawasan sekolah, selain memudahkan pihak luar yang melalui Jalan Lingkaran Seroja mengenali nama sekolah tanpa perlu berhenti di pintu masuk utama. Selain dari itu, hasil pengindahan kawasan sekolah ini kelak bakal menjadi daya tarikan bukan sahaja kepada guru-guru dan murid-murid yang pernah bernaung di sekolah ini, bahkan orang ramai yang mungkin menjadikan lokasi ini sebagai tempat bergambar untuk dijadikan sebagai kenang-kenangan.

Binaan tersebut telah berjaya disiapkan semasa cuti penggal persekolahan yang lepas.

No comments:

Post a Comment