Friday, February 18, 2011

Berita PIBG dan YB Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia

Gambar lawatan YB Timb Menteri Pelajaran ke SKBB2......
ikhsan pejabat YB Dato' Mohd Isa

Pada 3 Januari 2011 yang lalu, bersempena dengan hari pertama persekolahan tahun 2011 pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah mengundang YB Timbalan Menteri Pelajaran, Dato’ Dr Wee Ka Siong ke sekolah bagi membincangkan soal prasarana sekolah.

Ketibaan YB Timbalan Menteri ke sekolah pada lebih kurang pukul 12.45 tengahari telah disambut oleh puan GB, YDP dan NYDP PIBG serta barisan Guru-guru Penolong Kanan. Beliau yang meluangkan masa lebih kurang 20 minit meninjau permasalahan prasarana sekolah telah diberikan taklimat oleh en Zulhisham b Hj Harun Ar Rashid.

Dua (2) isu yang diperbincangkan semasa lawatan tersebut ialah janji YB Senator T Murugiah mengenai peruntukan laluan pejalan kaki berbumbung (“gajah menyusur”) dari bangunan pentadbiran sehingga ke tempat menunggu bas berhampiran pondok pengawal keselamatan di laluan masuk utama dan keadaan permukaan padang sekolah yang tidak rata dan menakung air setiapkali selepas hari hujan. Selain itu, ketiadaan pagar penghadang yang boleh menghadang objek sukan dari jatuh ke kawasan perumahan Jalan Seroja telah menghadkan pengunaan padang berkenaan.

Dato’ Dr Wee Ka Siong telah bersetuju memanjangkan isu laluan pejalan kaki berbumbung untuk pertimbangan segera pihak Kementerian Pelajaran dan meminta pihak sekolah memanjangkan isu masalah padang ke Bahagian Pembangunan, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor untuk penelitian.

Rombongan YB Timbalan Menteri Pelajaran yang turut disertai oleh ADUN Batangkali, Dato’ Mohd Isa b Abu Kassim dan ADUN Kuala Kubu YB Wong telah meninggalkan kawasan sekolah pada lebih kurang pukul 1.10 tengahari.

No comments:

Post a Comment