Saturday, February 19, 2011

Hebahan PIBG Aktiviti Sukan Tahunan & Mesyuarat Agung

Dari meja Yang DiPertua PIBG SKBB2
Zulhisham b Hj Harun Ar Rashid

Assalamualaikum wbt.

1) SUKAN TAHUNAN KALI KEDUA

Tarikh : 27 Mac 2011
Hari : Ahad
Waktu : 8 pagi hingga 12.30 tengahari
Perasmi : YB Dato’ Razali b Hj Ibrahim, Timbalan Menteri Belia & Sukan

2) MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KEDUA

Tarikh : 2 April 2011
Hari : Sabtu
Waktu : 8.30 pagi
Perasmi : YB Dato’ G Palanivel

Ibu/bapa, penjaga adalah dijemput menghadiri program yang tersebut di atas. Surat jemputan serta hebahan berkaitan akan dimajukan melalui murid-murid sekolah menjelang penganjuran program berkenaan.

Dengan pemakluman awal ini, saya amat mengharapkan tuan/puan dapat meluangkan masa pada tarikh yang dinyatakan agar dapat bersama kami di kedua-dua program tersebut.

Kehadiran tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Wassalam.

1 comment:

  1. Zulhisham b Hj Harun Ar RashidApril 4, 2011 at 10:29 AM

    Assalamualaikum wbt.

    Pertama sekali saya bagi pihak Penasihat dan seluruh AJK PIBG sesi 2010/11 ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan mesyuarat Agung Kali Kedua pada 2 April 2011 yang lalu.

    Kami amat bersyukur ke hadrat Allah swt kerana kehadiran ahli pada mesyuarat kali ini amat memberangsangkan iaitu seramai 155 orang, dua kali ganda melebihi kehadiran dalam mesyuarat kali pertama. Alhamdulillah, kami percaya, ini adalah terjemahan kepercayaan ahli terhadap organisasi PIBG yang diterajui oleh Jawatankuasa sesi 2010/11.
    Tidak sia-sia usaha kami mendekati ahli selama lapan bulan ini dengan penganjuran pelbagai aktiviti dan promosi yang dijalankan.

    Kami juga ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada YB Datuk Mohd Isa b Abu Kassim (AMS, DSM), ADUN Batangkali yang sudi meluangkan masa bersama kita dan seterusnya merasmikan majlis tersebut.

    Alhamdulillah, kita juga bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada YB Datuk kerana sudi menghulurkan sumbangan RM10,000 bagi menaiktaraf struktur dewan terbuka dan berjanji menyelesaikan isu laluan berbumbung dari bangunan pentadbiran sehingga ke pagar berhampiran pondok pengawal yang telah lama tertangguh. Terima kasih YB Datuk.

    Kepada barisan Jawatankuasa sesi 2011/12 yang baru dilantik, kami ingin mengucapkan Tahniah! di atas perlantikan tuan-tuan dan diucapkan selamat menjalankan tugas demi kelangsungan pendidikan anak-anak kita di SK Bukit Beruntung 2.

    Sekian, wassalam.

    Zulhisham b Hj Harun Ar Rashid
    (YDP PIBG sesi 2010/11)

    ReplyDelete