Masa: 8.00 pagi
Tempat: Kelas Tahun 1
Hari orientasi merupakan hari yang penuh bermakna dan bererti sekali terutamanya bagi murid-murid tadika atau prasekolah untuk melangkah ke alam persekolahan sebenar (formal) di Tahun 1. Dengan adanya program ini, sedikit sebanyak dapat membantu murid-murid yang datang dari pelbagai latarbelakang menyesuaikan diri dan sentiasa lebig bersedia untuk meneruskan pembelajaran di sekolah rendah.
- Murid dapat mengenali suasana sekolah, guru-guru dan rakan-rakan.
- Murid dapat mengenali dan menggunakan kemudahan fizikal yang di sediakan di sekolah dengan sebaiknya.
- Sentiasa bersedia untuk belajar ke peringkat yang lebih tinggi dan mencabar.
- Bersedia mematuhi peraturan sekolah yang telah ditetapkan.
- Dapat meningkatkan minat dan semangat murid untuk datang ke sekolah.
Bersyukur ke hadrat yang Maha Esa kerana majlis orientasi tahun 1 dan prasekolah telah pun selesai dengan jayanya. Tahniah dan syabas kepada semua guru, AJK PIBG , PPM Prasekolah dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, yang telah bertungkus lumus walaupun pada hujung minggu (Ahad).
ReplyDeleteBagi ibu bapa penjaga juga diucapkan terima kasih yang teramat sangat kerana memberikan sokongan dan kerjasama yang amat baik.
Hanya Allah jua yang membalas jasa cikgu-cikgu serta tuan2 dan puan2.