Masa: 8.00 pagi
Tempat: Prasekolah
Mengikut Akta Pendidikan 1996, pendidikan prasekolah bererti program pendidikan awal kanak-kanak yang berumur dari 4-6 tahun sebelum ke sekolah sebenar. Pendidikan prasekolah telah dimasukkan ke dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. Kanak-kanak dalam kumpulan ini ialah individu yang mempunyai sifat-sifat tersendiri dari segi fizikal, kognitif, sosial, emosi, rohani dan estetika.
Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan ke sekolah rendah.
- Kecekapan berbahasa dan berkomunikasi
- Berakhlak mulia dan beretika
- Sihat dan cergas
- Kemahiran berfikir
- Berkeyakinan dan berdisiplin
- Kreatif, imaginatif dan ekspresif
- Bersedia ke sekolah rendah
Diucapkan terima kasih kepada YB Datok Mohd Isa bin Kassim atas sumbangan yang diberikan..
ReplyDelete