Kedai buku SKBB2 akan dibuka mulai Isnin, 15hb Disember 2009. Ibubapa/penjaga bolehlah berurusan mulai jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang. Kedai buku akan dibuka dari hari Isnin hingga Ahad. Senarai harga buku boleh didapati di kedai buku dan juga di pondok pengawal keselamatan dihadapan pintu utama mulai Isnin, 7 Disember 2009.
Tempahan tali leher serta pembelian lencana sekolah boleh dibuat diruang legar dihadapan pintu masuk kedai buku. Urusan serta pertanyaan yang berkaitan boleh dibuat kepada guru bertugas namun urusan ini hanya terhad di waktu pagi sahaja (hari bekerja). Kepada ibu bapa/penjaga yang tidak mempunyai kesempatan/ kelapangan bolehlah mengurusnya di hari pertama persekolahan nanti bersama guru kelas anak masing-masing. Untuk maklumat lanjut bolehlah berhubung terus dengan pihak sekolah (waktu pejabat).
che gambar syukrey tu..banga syukrey
ReplyDelete