Wednesday, November 25, 2009

Kemasukan Ke Prasekolah Sesi 2010

Kepada ibubapa/penjaga yang telah mendapat tawaran/tempat untuk anak-anak Prasekolah Sesi 2010 di SKBB2 adalah diminta hadir untuk mendaftar dan menghadiri sesi taklimat Pewaris Prasekolah seperti berikut:

Tarikh: 2 Januari 2010
Hari: SABTU
Masa: 8.00 pagi
Bertempat: di Kelas Pra Sekolah SK Bukit Beruntung 2

Sila bawa bersama perkara-perkara berikut semasa mendaftar:
  1. Surat Beranak Anak (asal)
  2. 1 Salinan Surat/Sijil Nikah
  3. 1 Salinan Rekod Kesihatan Perkembangan Kanak-kanak
  4. 1 Salinan Bil Air/Elektrik (bukti pengesahan alamat)
  5. Gambar ukuran pasport (4 keping)
PENTING: Kegagalan tuan/puan mendaftar adalah dianggap tidak berminat dan menolak tawaran ini. Kerjasama dan keprihatinan tuan/puan kami dahului dengan ucapan terima kasih. Kepada ibubapa/ penjaga yang masih tidak menerima surat jawapan bolehlah mendapatkan maklumat berkaitan terus di pejabat sekolah semasa waktu pejabat atau hubungi 03-6021 1675 (pejabat sekolah)

Saya yang menurut perintah
Guru Besar

publish by M Shamsul Selamat

No comments:

Post a Comment