Wednesday, June 10, 2009

Maklumat Pencemaran Udara & El Nino

Sekarang maklumat terkini dan semasa berkaitan isu Pencemaran Udara atau Indeks Pencemaran Udara (IPU) boleh di pantau secara online di http://www.doe.gov.my/apims/
di Jabatan Alam Sekitar & (JMM) Jabatan Meteorology Malaysia.

Lain-lain maklumat seperti:

Laman web rasmi
Jabatan Meteorologi Malaysia (Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI)

Maklumat El-Nino pula boleh diperolehi di http://kids.earth.nasa.gov/archive/nino/intro.html

Berkaitan isu cuaca & faktor alam sekitar, para pelajar dan ibubapa/penjaga dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga dan persediaan awal.
Antara saranan/cadangan seperti:
  1. Sediakan keperluan air minuman yang mencukupi untuk bekalan anak-anak.
  2. Pantau aktiviti anak-anak bermain diluar terutama disiang hari/ tengahari.
  3. Perhatikan sebarang perubahan fizikal/tingkah laku yang mungkin disebabkan oleh cuaca panas/berjerebu.

Pihak sekolah juga akan bekerjasama dengan pihak-pihak berkuasa/berwajib berkaitan isu cuaca & alam sekitar.

2 comments:

  1. IPU yang tercatat setakat hari ini adalah membimbangkan bagi seluruh penduduk bukan sahaja Malaysia, tapi juga dunia. Kasihan alam sekitar kita, jadi mangsa keganasan dan ketamakan manusia. Saya amat tertarik dengan sepotong kata-kata yang saya dengar dari sebuah stesyen radio, "bumi ini bukan untuk diwarisi tetapi sebaliknya kita meminjamnya dari anak cucu kita."

    Pendidikan menjaga alam sekitar amat perlu dipupuk dari alam kanan-kanak lagi. Oleh itu, saya mencadangkan SKBB2 ini menjadi Free-Plastic School. Umpamanya di kantin, larang penggunaan plastik sepenuhnya.

    Selain itu, mungkin juga boleh diadakan sesi pendidikan seperti contohnya Perkhemahan Alam Sekitar yang mana aktivitinya adalah pendidikan menjalani hidup dengan mengutamakan peralatan yang mesra alam.

    Apapun, tahniah kepada sekolah kerana menjadi Sekolah Bebas Sampah.

    ReplyDelete
  2. asslamualikum ;saya nurbalqisbt abdulrashid dari kelas 4venus thn2009 ingin mngcpkn slmt bercuti

    ReplyDelete