Thursday, May 21, 2009

Mesyuarat Agung PIBG Kali Pertama



Tarikh/Hari: 24 May 2009 / Ahad

Masa: 8.30 pagi

Tempat: Kantin SKBB2

Antara sumbangan AJK Penaja PIBG ialah membina laluan tambahan ditepi pakir dan diantara Blok A dan Blok B untuk kegunaan warga SKBB2. AJK Penaja juga bersetuju menyediakan sistem siaraya di surau untuk kegunaan Program NUR IMAN. AJK Penaja juga menyokong program SIFAR SAMPAH dan "Melabel" kawasan sekolah/ tumbuhan disekitarnya.

Kehadiran 141 orang ibubapa/penjaga. Tahniah atas kehadiran tuan/puan. Kutipan dana/sumbangan kilat ibubapa/penjaga berjumlah RM820.

13 comments:

  1. salam kepada teman bloger...

    Bagus sekali paparan terkini yang diadakan buat tatapan peminat blog ini.
    silakan usaha anda update bahan terkini
    terima kasih.

    Md Fuzi Abd Lateh
    SK BB / HM dan BH 2009.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    sayabas saya ucapkan atas inisiatif pihak sekolah kerana menwujudkan blog bagi SKBB2, permulaan yg bagus.

    Harapan saya agar ia menjadi sumber maklumat yg berguna bagi para ibu bapa mengenai segala aktiviti yg lepas mahupun aktiviti yang akan datang, serta juga diharap ia boleh menjadi satu "platform" kepara para ibu bapa bagi mengutarakan sebarang cadangan ataupun komen bagi kebaikan anak-anak kita semua.

    Syabas juga kepada pihak sekolah dan juga pihak PIBG sekolah atas semua jasa setakat ini.

    Bersama kita membangunkan SKBB demi masa depan anak-anak kita semua.

    Siti Hadijah Umar
    Semarak, BB.

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum
    Salam sejahtera

    "Comment" yang diterima dilihat memberansangkan. Diharap dapat dijadikan panduan dalam meneraju hala tuju serta aktiviti pendidikan melalui blog ini. Sumbangan harta serta wang ringgit tentulah amat dialu-alukan, namun, perhatian, masa dan tenaga lebih diperlukan umpama pepatah; ringan sama dijinjing, berat sama dipikul mampu eratkan tali silaturrahim sesama kita. Tak kenal maka tak cinta dan setiap cinta perlu ada pengorbanannya.

    ReplyDelete
  4. Semoga dengan adanya blog ini akan memberi banyak info dan maklumat yang berguna kepada semua ibu bapa. Selaras dengan motto sek, KREATIF, INOVATIF DAN EFEKTIF. Semoga berjaya menjadi sekolah yang tersohor.

    ReplyDelete
  5. Sekolah
    sekolah boleh tolong tak
    Suruh kantin jual nasi goreng ayam.

    mak saya suruh


    hamba sekolah skbb2

    ReplyDelete
  6. Tahniah...

    Sekolah masih baru tapi dah ada inisiatif nak wujudkan blog ni..

    Cepatkan program gotong royong tanam pokok...kesian tengok sekolah tandus sangat...

    ReplyDelete
  7. Salam ziarah dari bekas warga pendidik di Daerah Hulu Selangor....sekrang di Perak

    http://sk-sungaigalah.blogpsot.com

    ReplyDelete
  8. Tahniah dan syabas!

    Semuga sekolah ini menjadi Sekolah yang berinovatif di Hulu Selangor.

    Ibubapa prihatin.

    ReplyDelete
  9. balqis 4venus
    assalamualaikum saya ucapkan kepada guru besar skbb2

    ReplyDelete
  10. salam sejahtera kepada semua

    Tahniah?
    1 berita sahaj, lepas tu apa perkembangan yang berlaku di SKBB2? Jangan hangat2 tahi ayam sahaja. Usaha harus berterusan, bukan melepaskan batuk di tangga.
    Jangan ikut budaya orang...konon ikut peredaran zaman, orang buat bolg...kita nak buat blog. Blogorang sentiasa dikemaskini, tapi blog SKBB2 apa dah jadi?
    Dah dekat 7 bulan sekolah beroperasi, apakah SKBB2 kemarau aktiviti...atau pihak yang sepatutnya mengemaskini laman blog ini tidur?
    Apa pula peranan PIBG dalam hal ini? Saya difahamkan YDP yang beriya-iya nak buat laman blog ini....tapi kenapa x memantau? anda telah dilantik oleh 141 orang.....jadi silalah jalankan tugas anda. Tak lama lagi akan diadakan pilihan semula jawatan, baru nak muatkan berita baru? Kerja ikut musim? Masa ucapan perlantikan, cakap berkobar2 sampai nak runtuh kantin sekolah orang tepuk tangan, tapi sekarang saya percya sakit tangan bertepuk untuk anda masih terasa.
    Kesimpulan:- nak buat laman blog, sila kemaskini! itu sebab saya tidak jadi seperti orang lain, belum apa2, puji melangit.....saya suka tunggu dan lihat. sekarang, apa dah jadi? mana orang2 yang memuji? tuan/puan tak terasa diperbodohkan dan tak rasa sia2 kah pujian tuan/puan itu?
    Kesmipulan kedua:- mari kita bantu YD dan guru2 memantau laman blog ini, kalau ada yang perlu diperbaiki...kita bagi nasihat. jangan asyik memuji.....kalau dah tahu kesalahan ada depan mata.
    kepada pihak cikgu/pibg...ini adalah komen yang lebih ikhlas dari komen2 di atas, terpulang samada nak terima atau tidak. yang pentng saya tidak HIPOKRIT.

    kalau tuan/puan/cikgu faham perkataan HIPOKRIT, tuan/puan/cikgu faham maksud saya.

    Semoga SKBB2 terus maju. kalau perlu kita tukar orang yang tidak bekerja, demii kebaikan...kita perlu tukar.....itu kenyataan...
    (ini bukan kempen pilihanraya)
    tk

    p/s; Hidup kena berbudi bahasa, kalau tidak badan binasa.
    kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.

    ReplyDelete
  11. Salam sejahtera,

    Semalam (02 Jan 2010) adalah hari p[endaftaran murid darjah 1. Anak sulung saya nak mendaftar darjah 1. saya tiada pengalaman, mau minta tolong. Nasib baik guru-guru berbudi dan baik hati. tapi saya faham mereka sibuk tidak dapat tolong sangat.

    Saya cuba mencari di mana PIBG? untuk menolong ibu bapa seperti saya yang mempunyai masalah? tetapi tiada seorangpun yang dapat beritahu kepada saya di manakah pengerusi pibg pada waktu itu? Penolong pengerusi pibg pun tiada....

    Bukankah dalam saat waktu seperti semalam PIBG penting? Kenapa tidak dapat menolong parent seperti saya? Kenapa tidak turun ke padang dan menghulurkan bantuan? apakah penegrusi dan penolong pengerusi dan ajk tidak tahu tugas masing-masing?

    Saya rasa patut la bapa kecewa meluahkan perasaan seperti di atas. Tak perlulah kemaskini blog ini.....nak turun tolong ibu bapa pun susah, ini pula nak buat kerja update blog.

    Betul la bapa kecewa, nanti bila sampai masa pilihanraya kita akan nampak muka mereka.

    ReplyDelete
  12. LT Col (Rtd) Micheal Rayappan s/o John AbrahamJanuary 3, 2010 at 5:57 PM

    Salam 1Malaysia,

    I want 2 share my experience with everybody. I strongly agreed to what Mr Lee has said. I too, faced the same problem.

    I really don't understand why PIBG not sensitive and did not take any initiative to for instance, open one counter purposely to offer help to parent like me & Mr Lee.

    Where were the YDP/NYDP been during that time? I have made to understand that both of them were staying in Jalan Tanjung which is less than 500 meter away from the school. Don't tell me that they don't know what was happened? Or they just couldn't be bothered? If they were, why should they accept their nomination to be appointed as the YDP/NYDP in the 1st place? Do both of you think that your position is something to be proud of?

    Please sir, let me just remind both of you that when people nominated you, they have trust in you. They see the values in yourself. But if this is your values....believe me....both of you have dissappointed your supporters! (lucky I am not one of them, if not I will regret till the end of my life)

    To all teachers, thank you very much on the guidance and support that have extended to parents yesterday. Welldone and keep up the good work!

    ReplyDelete
  13. Siti Sarah bt ShaharuddinJanuary 3, 2010 at 6:13 PM

    Para ibu bapa sekelian,

    Saya faham kekecewaan tuan/puan. Dari maklumat yang saya dengar, memang YDP/NYDP tinggal berdekatan, tapi mungkin mereka tunggu panggilan daripada pihak sekolah....atau surat jemputan.....atau tunggu karpet merah....oleh itu tuan/puan janganlah asyik menyalahkan YDP/NYDP sahaja? Mungkin juga mereka sibuk dengan urusan yang kita tidak tahu. Mereka juga manusia, mereka juga ada urusan yang perlu diselesaikan. Oleh itu, marilah kita bersangka baik dan memberi peluang kepada mereka.

    Esok adalah hari pertama persekolahan, mari kita tengok samada PIBG betul-betul prihatin dengan masalah ibubapa/penjaga.Marilah kita beri peluang kepada PIBG dan melihat reaksi YDP/NYDP/AJK....samada mereka nak pergi ke sekolah sebab prihatin masalah ibubapa atau sekadar pergi nak hantar anak mereka.....

    Esok kita tunggu dan lihat.....kepada YDP/NYDP/AJK, saya yakin anda boleh..

    ReplyDelete