Majlis anjuran bersama Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR Unit Bimbingan dan Kaunseling dan PIBG ini merupakan satu program ilmu yang diadakan sebagai satu agenda rasmi dalam perancangan pendidikan Tahun 6 SKBB2.
Dalam usaha melahirkan murid cemerlang dengan berbekalkan pengetahuan tentang peperiksaan UPSR khususnya dan perancangan aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun 2011 amnya, diharapkan ibu bapa serta anak akan lebih memahami tentang pendedahan yang diberikan. Dengan ini, ibu bapa dan anak akan lebih fokus dan sedar bahawa ini merupakan tahun yang penting untuk menguji tahap ilmu yang dipelajari selama enam tahun di peringkat sekolah rendah.
Majlis Permuafakatan ini adalah untuk melengkapkan ibu bapa dan murid-murid menggalas tanggungjawab, membimbing dan menyuntik semangat anak-anak ke arah kecemerlangan.
Untuk mencapai matlamat tersebut, beberapa objektif telah digariskan antaranya ialah:
- Menyedari tanggungjawab bersama dalam membina keyakinan diri dengan berusaha gigih demi mencapai kejayaan cemerlang dalam UPSR
- Mengetahui strategi pembelajaran berkesan, persediaan sebelum peperiksaan UPSR 2011
- Memberi pendedahan kepada ibu bapa bagaimana bertindak untuk membantu murid menuju kejayaan cemerlang dalam UPSR