Thursday, December 30, 2010
Teraju Kepimpinan Yang Baharu
Wednesday, December 29, 2010
Instrumen SGM Ofline
Fail tersebut boleh dimuat turun daripada portal: instrumen SGM ini dan pindahkan ke komputer anda. Pengguna fail ini perlu buat sedikit konfigurasi pada aplikasi excel sebelum menggunakan fail ini. Klik pada tab (Security Setting) untuk kaedah konfigurasi.
Instrumen ini dibangunkan bagi membolehkan semua Pengurusan Pendidikan Guru, Warga Pendidik dan bakal guru menilai secara kendiri perkara-perkara yang berkaitan Standard Guru Malaysia terhadap diri masing-masing. Pengguna perlu menjawab semua soalan yang dikemukakan seikhlas mungkin bagi memberi penilaian yang tepat terhadap tahap standard keguruan masing-masing.
Manual Instrumen
Instrumen SGM berskala Likert 4 mata yang diberi nilai
1 untuk sangat lemah,
2 untuk lemah,
3 untuk baik, dan
4 untuk cemerlang
Terdapat : 70 Soalan dalam Instrumen SGM secara Ofline.
Standard 1 -Amalan Nilai Profesional Keguruan - Terbahagi kepada 3 Domain iaitu : (26 Soalan)
1. DOMAIN DIRI - 14 Soalan
2. DOMAIN PROFESIONAL - 7 Soalan
3. DOMAIN SOSIAL - 5 Soalan
Standard 2 -Pengetahuan dan Kefahaman - Terbahagi kepada 8 Domain iaitu : (20 Soalan)
1. Falsafah, matlamat, dan objektif pendidikan yang menjadi teras dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran -2 Soalan
2. Falsafah, matlamat, objektif kurikulum dan kokurikulum, hasil pembelajaran, dan keperluan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajarkan - 3 Soalan
3. Kandungan mata pelajaran yang diajarkan - 1 Soalan
4. Kandungan Ilmu pendidikan - 7 soalan
5. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), media dan sumber pendidikan dalam pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum - 1 soalan
6. Strategi untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif - 3 soalan
7. Kaedah pentaksiran dan penilaian, dan penyelidikan tindakan untuk menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran - 2 soalan
8. Potensi murid dan cara mengembangkannya secara menyeluruh dan bersepadu - 1 soalan
Standard 3 : Kemahiran - Soalan Standard Terbahagi kepada 4 Kemahiran iaitu . (24 Soalan)
Kemahiran Menyediakan Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran - 11 Soalan
Kemahiran Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran - 8 Soalan
Kemahiran Memantau, Mentafsir dan Menilai - 2 Soalan
Kemahiran Mengurus Bilik Darjah - 3 soalan
Instrumen yang telah dilengkapkan boleh diemail terus kepada penyelaras teknikal SGM di alamat email berikut :
sgm8.offline@gmail.com atau
sgm9.offline@gmail.com atau
sgm10.offline@gmail.com
Monday, December 27, 2010
Waktu Menanti/Menunggu Anak Diawal Persekolahan
Assalamualaikum & salam sejahtera,
Pengumuman kepada semua ibu bapa/penjaga
Mengambilkira keprihatinan ibu bapa/penjaga ke atas anak masing-masing, pihak sekolah telah bersetuju membenarkan tuan/puan menghantar dan berada di kawasan sekolah mengikut ketetapan seperti berikut:
Tempat dibenarkan ibubapa/penjaga berada: Ruang Legar Kelas & Kawasan Kantin (jika menunggu anak)
Tarikh dibenarkan menunggu: 3-7 Jan 2011
Waktu dibenarkan menunggu:
Sesi Pagi 8-10 pagi sahaja
Sesi Petang 1-3 petang sahaja
Kepada tuan/puan yang menunggu di kawasan kantin, pihak PIBG mengharapkan tuan/puan dapat memberikan kerjasama untuk tidak berada di kawasan kantin pada waktu rehat bagi memberi ruang dan keselesaan kepada murid-murid berehat dan menikmati makanan masing-masing.
Sila ambil perhatian bahawa kenderaan tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah.
Kerjasama dan keprihatinan tuan/puan amat dihargai.
Harap maklum dan terima kasih.
Zulhisham Hj Harun Ar Rashid
Yang Di Pertua PIBG
upload by admin: Sham
Perutusan Tahun Baru YDP PIBG

Zulhisham b Hj Harun Ar Rashid
Yang Di Pertua PIBG SKBB2
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,
Bagi pihak PIBG SKBB2, saya ingin mengambil kesempatan di ruang yang terhad ini untuk mengucapkan selamat tahun baru dan selamat kembali ke sekolah untuk sesi persekolahan tahun 2011 kepada puan Guru Besar, barisan guru-guru penolong kanan, guru-guru sekolah, kakitangan sekolah, murid-murid dari tahap pendidikan khas, pra sekolah hingga tahap enam.
Kepada guru-guru sekolah yang sediada, PIBG mengucapkan Selamat kembali bertugas, manakala kepada guru-guru yang baru berpindah ke sekolah ini, khasnya pn Guru Besar, Puan Azizah bt Hassan, PIBG mengucapkan Selamat datang. PIBG menaruh penuh kepercayaan dengan gandingan mantap sediada dan diperkuatkan dengan barisan kepimpinan baru, sekolah kita akan berada di landasan yang betul untuk menjadi sekolah terbaik daerah menjelang tahun 2015, insyaallah.
Kepada semua guru-guru yang telah berpindah, khasnya mantan Guru Besar, Puan Hjh Ngaedah bt Salleh, PIBG ingin menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih di atas segala sumbangan dan usaha guru-guru tersebut kepada sekolah serta PIBG selama ini dan mengucapkan selamat maju jaya di sekolah/tempat baru kelak.
Kepada ibu bapa/penjaga sekelian, PIBG ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan di atas kerjasama yang diberikan kepada pihak sekolah dalam membantu meningkatkan mutu pendidikan dan mengadakan ruang pembelajaran yang kondusif kepada anak-anak. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa/penjaga yang telah menjelaskan wang sumbangan PIBG untuk tahun 2010. Alhamdulillah, berkat sumbangan tuan/puan, pelbagai aktiviti berfaedah telah berjaya kita laksanakan sepanjang sesi pengajian lepas. Semoga usaha dan komitmen tuan/puan berterusan demi kelangsungan pendidikan anak-anak kita di sekolah ini.
Kepada ibu bapa/penjaga yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 2, PIBG mengucapkan selamat datang dan selamat menganggotai Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 2. Tahniah! saya ucapkan kepada tuan/puan kerana telah memilih untuk berada di sekolah ini, sekolah yang telah berjaya melakarkan sejarah dan pencapaian yang membanggakan baik dari segi kurikulum mahupun kokurikulum walaupun baru setahun jagung usia penubuhannya.
Sempena kedatangan sesi pembelajaran baru ini, saya percaya bukan hanya anak-anak yang teruja untuk ke sekolah pada 3 Januari 2011 nanti, malah ada di kalangan ibu bapa/penjaga yang telah awal-awal lagi memohon cuti daripada majikan masing-masing untuk menghantar anak-anak di samping menyelesaikan urusan persekolah pada tarikh tersebut.
Justeru, demi mengelakkan perkara yang tidak diingini, PIBG ingin memohon kerjasama semua ibu bapa/penjaga agar sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak sekolah. Sila berurusan di kaunter pejabat sekolah dan kepada ibu bapa/penjaga yang berhasrat menunggu anak-anak pada hari pertama persekolah, silalah berbuat sedemikian di tempat-tempat yang bersesuaian dan bukannya di luar bilik darjah yang akan menganggu bukan sahaja konsentrasi pembelajaran anak-anak kita, bahkan urusan pengajaran guru-guru berkenaan.
Berilah kepercayaan kepada guru-guru SKBB2 yang sememangnya professional, dedikasi dan komited dengan tugasan dan amanah masing-masing untuk menjaga anak-anak kita semasa waktu persekolahan. Insyaallah, kepercayaan tuan/puan akan dibalas dengan perlaksanaan tugas yang cemerlang oleh kesemua barisan pendidik SKBB2.
Memandangkan kawasan sekolah yang sempit, PIBG ingin memohon kerjasama daripada semua ibu bapa/penjaga yang berhasrat menghantar anak masing-masing agar tidak memandu kenderaan ke dalam kawasan sekolah. Tuan/puan dinasihatkan meletakkan kenderaan di luar kawasan sekolah dalam keadaan yang tidak menghalang laluan utama di hadapan sekolah bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan berjalan kaki ke dalam kawasan sekolah untuk menghantar anak masing-masing.
Kepada pemandu/pengusaha kenderaan sekolah, PIBG ingin memohon kerjasama tuan/puan memberhentikan kenderaan di tempat yang telah dikhaskan untuk kenderaan tuan/puan dalam keadaan yang tersusun bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. Sesungguhnya tarikh 3 Januari 2011 nanti adalah hari yang amat kritikal untuk kita semua. Marilah kita bersama bertoleransi demi keselesaan anak-anak, guru-guru dan kita bersama.
Akhir kalam, saya mewakili semua AJK PIBG sesi 2010/11 mengucapkan selamat tahun baru dan selamat maju jaya. Tanamlah azam baru kita untuk berhijrah ke arah yang lebih baik. Wallahualam. Wabillahitaufik wal hidayah, assalamualaikum wbt.
upload by admin: Sham
Saturday, December 25, 2010
Bayaran Tambahan Persekolahan Sesi 2011
Monday, December 20, 2010
Perjumpaan Orientasi Tahun 1 dan Pra Sekolah Sesi 2011
Thursday, December 9, 2010
Penjualan Buku Sesi 2011
Ibu bapa boleh hadir ke sekolah untuk mendapatkan buku anak-anak seperti ketetapan berikut:
Hari: Isnin hingga Jumat
Waktu: 9.00 pagi hingga 4.00 petang
Hari: Sabtu, Ahad
Waktu: 9.00 pagi hingga 3.00 petang
Senarai buku boleh diambil di Kedai Buku SKBB2
*Keperluan BUKU AKTIVITI yang lengkap boleh diperoleh selepas 15 Disember 2010
Tuesday, December 7, 2010
Kunjungan Hormat PIBG ke Kementerian Belia dan Sukan

Turut serta dalam kunjungan tersebut ialah Puan Nurliza bt Baharun, Guru Penolong Kanan (Kokurikulum) dan Puan Jafiza bt Jaafar yang bertindak sebagai guru pengiring.
Pihak PIBG telah mengambil kesempatan dari temasya Sukan Asia yang sedang berlangsung untuk bertemu dengan YB Dato’ dan membincang hala tuju murid-murid yang mempunyai bakat di bidang sukan untuk digilap dan diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.
Selain dari itu, pihak PIBG juga mengambil kesempatan semasa pertemuan yang berlangsung selama hampir 50 minit itu mengutarakan hasrat menjemput Timbalan Menteri Belia dan Sukan ke sekolah bagi merasmikan acara sukan tahunan kali kedua yang dijangka akan dilangsungkan pada 20 Mac 2011.
Yang Berhormat Dato’ yang merupakan rakan seperjuangan YDP PIBG semasa sama-sama menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia pada sesi pengajian 1991-95 yang lalu telah menyatakan persetujuan beliau untuk hadir ke sekolah pada tarikh yang telah ditetapkan.
Mengambil kesempatan pertemuan tersebut, YDP PIBG telah memanjangkan permohonan pihak sekolah untuk mendapatkan bantuan kewangan bagi kerja-kerja menaik taraf prasarana SKBB2 yang berkaitan bidang sukan iaitu menaiktaraf keadaan padang sekolah yang boleh dikatakan sebagai daif kerana permukaan yang tidak rata dan menakung air apabila hujan. Selain dari itu, ketiadaan pagar tinggi yang boleh menghalang bola/objek sukan dari keluar ke kawasan perumahan bersebelahan yang telah menghadkan pengunaan padang tersebut.
Pihak PIBG amat perihatin keadaan ini tapi tidak banyak yang dapat dibantu memandangkan PIBG SKBB2 sendiri baru diluluskan pada Ogos 2010 dan mempunyai kewangan yang terhad. Justeru, memanjangkan permohonan pihak sekolah untuk penelitian KBS adalah satu bentuk bantuan dan sumbangan PIBG kepada sekolah.
Fungsi KBS dan keperluan sekolah ke atas prasarana berkaitan sukan menjadikan KBS sebagai satu saluran alternatif yang dapat membantu mempercepatkan permohonan bantuan yang sebelum ini telah dibuat ke Unit Pembangunan, Kementerian Pelajaran oleh pihak sekolah.
Mengakhiri pertemuan pada petang tersebut, anggota rombongan dari SKBB2 telah mengambil kesempatan bergambar kenangan dengan YB Dato’ Razali Ibrahim.