Showing posts with label SBPA. Show all posts
Showing posts with label SBPA. Show all posts

Wednesday, February 15, 2012

Berita SBPA

Pelaksanaan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Pendidikan sedang disemak semula. Semakan semula ini tidak menjejaskan SBPA yang dikuatkuasakan pada 1 Januari 2012. Sehubungan itu sebuah Pasukan Petugas ditubuhkan bagi melaksanakan semakan semula SBPA dengan mengambil kira prinsip-prinsip perkhidmatan dan saraan perkhidmatan awam.

Pasukan Petugas ini diberi tempoh 2 bulan iaitu sehingga 16 April 2012 untuk mengkaji isu-isu tersebut. Untuk maklumat lanjut bolehlah melayari laman web KPM atau klik saja pautan ini: http://docs.jpa.gov.my/

Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan kakitangan awam pula terus melakukan khidmat kepada rakyat dan negara dengan baik.