Monday, April 6, 2026

Saringan Minda Sihat@SKBB2 2026

PELAKSANAAN SARINGAN DAN INTERVENSI MINDA SIHAT TERHADAP MURID TAHUN 4 HINGGA TINGKATAN ENAM SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN (KPM) NEGERI SELANGOR BAGI KALENDAR AKADEMIK 2026

Saringan Minda Sihat dilaksanakan sebagai pengesanan dan pencegahan awal masalah gangguan emosi dalam kalangan murid disamping intervensi berfokus dan sokongan bersesuaian bagi meningkatkan kesejahteraan emosi murid.

Oleh itu, merujuk kepada surat dari KPM, semua murid TAHAP 2 DIWAJIBKAN untuk melaksanakan saringan Minda Sihat di peringkat Sekolah Rendah.


Tarikh : 6-10 April 2026 (Isnin - Jumaat)

Tempat: Makmal Komputer 1

Penggiliran kelas: Rujuk pada poster


Peringatan:

  • Murid perlu mencatat/mengingat Nombor My-Kid masing-masing
  • Kehadiran adalah WAJIB
  • Minda Sihat: Emosi Terjaga, Kehidupan Sejahtera
  • Sila guna pautan dibawah dan mula menjawab soalan
Pautan: Saringan Minda Sihat Fasa 1 Sesi 2026

Unit Bimbingan dan Kaunseling SKBB2