🗓️ Tarikh: 21 Mac 2025 (Jumaat)
📍Tempat: Dewan Ibnu Umar, SKBB2
Objektif Program:
Mengeratkan hubungan kemesraan antara warga SKBB2.
Mengimarahkan bulan Ramadan dengan pelaksanaan amalan sunat.
Memberi peluang kepada warga sekolah untuk beramal jariah.
Meraikan murid-murid yang berpuasa sebagai galakan.
Meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan ibadah di bulan Ramadan.
Program Iftar dan Terawih SKBB2 telah berlangsung dengan jayanya pada 21 Mac 2025 bertempat di Dewan Ibnu Umar. Sambutan amat menggalakkan dengan kehadiran para guru, dan murid. Program bermula dengan tazkirah ringkas menjelang waktu berbuka, diikuti dengan majlis berbuka puasa secara berjemaah.
Solat Maghrib, Solat Isyak dan Solat Terawih dipimpin oleh Ustaz Izzat Hamdi. Pelbagai sumbangan berbentuk juadah berbuka telah disediakan oleh warga sekolah dan PIBG, menzahirkan semangat kebersamaan dan amalan bersedekah.
Program ini berjaya mencapai objektif yang dirancang, terutamanya dalam memupuk rasa syukur dan semangat beramal dalam kalangan murid.
Pautan Buku Program:
Klik di sini untuk melihat buku program