Thursday, November 9, 2023

Makluman: Cuti Sempena Deepavali 2023

Pihak sekolah ingin memaklumkan bahawa cuti perayaan sempena Deepavali adalah pada 12, 13 & 14 Nov 2023

Jadual cuti sempena Deepavali

Menurut sumber, Deepavali yang bermaksud ‘sebarisan pelita’ simbolik dengan kepercayaan bahawa kecerahan akan mengatasi kegelapan, kebaikan akan mengatasi kejahatan, keadilan akan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan akan mengatasi kejahilan.

Selain untuk memeriahkan perayaan, pelita juga dipasang dan dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan.

Sila rujuk jadual berikut untuk memudahkan anda memahami hari cuti tambahan KPM yang diperuntukkan sempena Deepavali 2023.