Monday, November 9, 2020

PEMAKLUMAN PELAKSANAAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN DI RUMAH

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memutuskan bahawa semua sekolah termasuk Kolej Vokasional (KV) di bawah KPM di negeri-negeri yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditutup bermula pada 9 November 2020 sehingga ke hari akhir persekolahan tahun ini iaitu pada 17 Disember 2020 bagi negeri Kumpulan A dan 18 Disember 2020 bagi negeri Kumpulan B. KPM juga memutuskan bahawa semua sekolah di negeri Kelantan, Pahang, Perlis dan Sarawak turut ditutup. Langkah ini diambil bagi membantu usaha Kerajaan memutuskan rantaian penularan jangkitan wabak COVID-19.



Sepanjang tempoh penutupan tersebut, pengajaran dan pembelajaran akan tetap diteruskan secara Home-based Learning (Belajar Di Rumah) mengikut kesesuaian guru dan murid.