Monday, June 24, 2013

Masalah Jerebu & Persekolahan Ditutup

Semua sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor diarahkan ditutup pada Isnin, 24 Jun 2013  selepas dinasihatkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dinasihatkan kepada para ibu bapa agar memastikan anak-anak mereka tidak berada diluar rumah dan memakai topeng jika mereka perlu keluar.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel dalam satu kenyataannya  berkaitan keadaan jerebu yang semakin buruk menyebabkan banyak sekolah sudah diminta tutup sebagai tindakan perlu sejak kualiti udara yang merosot dilihat boleh memudaratkan kesihatan pelajar.

Para ibu bapa dan pelawat blog ini, bolehlah merujuk ke Portal Rasmi Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar (NRE) untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan jerebu & bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) seluruh Malaysia.

Penutupan sekolah berkaitan jerebu akan diumumkan dari masa kesemasa melalui media-media utama seperti siaran berita di television & radio. Diharap para ibu-bapa akan terus mengambil langkah proaktif & berjaga-jaga berkaitan masalah ini. Pihak sekolah akan terus memberikan hebahan & siaran terus kepada ibu bapa melalui sistem pesanan ringkas (SMS hanya kepada ibu bapa yang menyertai program ini sahaja)

Berpandukan bacaan IPU semasa, pihak sekolah telah dinasihatkan untuk tidak akan menjalankan sebarang kegiatan luar bilik darjah yang akan memudaratkan kesihatan murid. Oleh itu ibu bapa tidak perlu bimbang akan tahap keselamatan anak-anak berkaitan masalah jerebu. Murid dinasihatkan memakai topeng seperti yang dinasihatkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.