Thursday, December 27, 2012

Program Orientasi & Transisi Untuk Murid Tahun 1 Sesi Persekolahan 2013

Satu program orientasi khusus untuk murid-murid yang bakal menduduki Tahun 1 pada sesi persekolahan 2013 ini akan diadakan.

  • Hari/ Tarikh: SABTU/ 29 Disember 2012
  • Masa: 8.00 pagi
  • Tempat: Kelas Tahun 1
  • Pakaian: Seragam sekolah rendah
Bagi murid-murid yang belum menjalani program pengesanan yang telah dijalankan (pada 3 November 2012) yang lalu bolehlah berbuat demikian pada hari tersebut.

Murid-murid ini akan menjalani aktiviti orientasi sebagai persediaan masuk kelas pada sesi persekolahan baru yang akan bermula pada (RABU) 2 Januari 2013 nanti

Sehubungan itu, para ibu bapa pula akan menjalani sesi taklimat khas di Pusat Sumber Sekolah. Ibu bapa juga boleh membuat bayaran keperluan sekolah selepas sesi taklimat ini. Kantin sekolah akan dibuka pada hari tersebut. Diharap para ibu bapa dapat sama-sama mewar-warkan perkara ini.

No comments:

Post a Comment