Tarikh: 3 Julai 2011 Hari: Ahad Masa: 8.00 pagi - 2.00 petang
Tujuan program adalah untuk mengisi tabung PIBG bagi menampung perbelanjaan membeli kelengkapan dan menyediakan pasarana untuk kegunaan dan kemudahan murid-murid seperti:
i. Menambah Bahan Bacaan Pusat Sumber Sekolah
ii. Aktiviti Panitia Mata Pelajaran
iii. Keceriaan Sekolah
iv. Membina Pentas
Antara Aktiviti Yang Dijalankan:
i. Pemeriksaan kesihatan secara percuma
ii. Pameran agensi-agensi kerajaan
iii. Gerai-gerai jualan
iv. Cabutan nombor bertuah
v. Kehadiran maskot Majalah Kuntum
vi. Pertandingan pakaian beragam
vii. Aktiviti-aktviti permainan
viii. Hadiah-hadiah yang menarik
Assalamualaikum wbt.
ReplyDeleteMohon pihak penganjur semak penjualan minuman jenama PLUS. Logo halal agak meragukan. kenapa logo tersebut tidak dikeluarkan oleh Jakim?
Anak saya pernah mengadu belajar bilik muzik panas sebab tak de tingkap. Saya nak tanya kenapa kelengkapan bilik tidak ada penyaman udara. Mesti tempat tu berabuk, kan boleh bawa penyakit untuk murid terutama yang ada lelah. Baik duit kutipan tu digunakan beli kelengkapan bilik murid belajar. Susah2 tutup saja bilik tu
ReplyDeletekepada bapa murid... terima kasih di atas ingatan tuan berhubung bilik muzik. Pihak sekolah sedang berusaha menyediakan sebuah penghawa dingin bagi membantu pengaliran udara yang lebih baik untuk anak didik sekolah ini. Walau bagaimanapun usaha ini perlu mendapat sokongan dan kerjasama ibu bapa. Sekiranya ada pihak2 yang sedia menyumbang penghawa dingin untuk bilik muzik amatlah kami alu-alukan kerana dengan sedemikian bilik tersebut dapat segera digunakan dengan selesa. Sekian, terima kasih.
ReplyDeleteselamat hari raya kepada semua umat islam.
ReplyDeletedaripada {NAJAH}